PUAD: TUN DAIM CADANG MUZIUM BEG TANGAN ROSMAH

199
SHARES
626
VIEWS

TUN DAIM CADANG MUZIUM BEG TANGAN ROSMAH

Oleh Mohd Puad Zarkashi
12.9.2018

Apabila Daim mencadangkan supaya dibina Muzium koleksi beg tangan Rosmah di projek Bandar Malaysia yang Kerajaan PH abaikan, apakah dia serius? Kalau Daim serius itu maknanya dia hilang akal. Kenapa perlu buat perkara yang tidak mendatangkan faedah apatah lagi jika tuan badannya sendiri tidak pernah terfikir tentangnya. Lagi hilang akal, kerana sudahlah projek Bandar Malaysia yang besar faedahmya itu seperti diabaikan, tetapi mahu diganti dengan Muzium Beg Tangan pula.

Justeru sudah tentu Tun Daim sebenarnya hanya mahu menyindir. Tetapi jika mahu menyindir biarlah berpada. Cermin diri sendiri terlebih dahulu. Apakah Daim bukan billionaire. Apakah isteri beliau termasuk isteri barunya Naimah dan Josephine tidak memiliki koleksi beg tangan yang lebih banyak dan lebih mahal hasil memonopoli kekayaan negara khususnya semasa menjadi Menteri Kewangan dulu.

Semua orang maklum Rosmah adalah mangsa fitnah. Isu cincin juga disahkan fitnah oleh bekas Pesuruhjaya SPRM TS Abu Kassim. Bahkan menurut sumber beg tangan yang dirampas itu bukan semuanya milik Rosmah dan sebahagiannya hadiah daripada isteri isteri pemimpin dunia. Maka Tun Daim jangan buat lupa dengan kekayaan yang beliau miliki dan kroni kroni yang dikaitkan dengan beliau seperti Wan Azmi, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Shamsuddin Hassan dan Razali Rahman.

Anwar pernah menuduh Tun Daim mengaut keuntungan beratus juta daripada projek lebuhraya PLUS. Bahkan pada tahun 2014 lagi dia mendedahkan Daim memiliki Insternational Commerce Bank (ICB) di Tanzania. Matlamat bank ini hanyalah untuk menyimpan duit Daim yang dibawa daripada Malaysia. ICB mengendalikan bank di 12 negara. Daim tidak pernah menjawab tuduhan Anwar ini.

Terlalu banyak perkara yang boleh didedahkan dan dipersoalkan mengenai Daim termasuk bagaimana dia memiliki 160 ekar tanah Perdana di Pandan semasa Harun Idris jadi MB. Di situ bermulanya Syarikat Maluri. Begitu juga pemilikan tanah 12K ekar di Sg Petani semasa Osman Aroff jadi MB. Kini dia jadi Pengerusi CEP. Harga barang dan minyak tidak juga turun. Penjualan SPLASH yang melibatkan kroninya Wan Azmi juga dipersoalkan. Maka Tun Daim, cerminlah diri sendiri. Walaupun diam ubi tetapi berisi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts