KENYATAAN MEDIA JABATAN AMAL MALAYSIA
Jabatan Amal Malaysia mengambil serius mengenai tuduhan jahat dalam media sosial kononnya salah seorang anggota jabatan ini terlibat dalam insiden membakar kenderaan rasmi Mufti Negeri Perlis.
Sehubungan dengan itu pihak Jabatan Amal Malaysia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini memandangkan kes bakar kenderaan tersebut masih dalam siasatan PDRM.
BERAMAL KERANA ALLAH
Mohd Nazree Mohd Aris
Ketua Pengarah
Jabatan Amal Malaysia
19 Mei 2019