VIDEO: ADAKAH PARTI PAS ITU ISLAM? – PROF. AGUS

338
SHARES
2k
VIEWS

1. Inilah yang selalunya menjadi dakyah PAS, bahawa ia parti Islam. Sebarang parti yang tidak sehaluan dengannya, pantas sekali pemimpin dan penyokong PAS akan mengaitkannya sebagai menolak Islam.

2. Kempen PAS sebegini bahaya kerana ia boleh merosakkan keharmonian masyarakat.

3. Lihat sahajalah kesan Amanat Hadi di Banggol Peradong pada 7 April 1981 yang membawa kepada berlakunya tragedi Memali pada 19 November 1985.

4. Saya ingat selepas PAS pernah berada dalam kerajaan selama 33 bulan dan berpengalaman dalam membina pelbagai kerjasama politik dengan DAP, PKR, dan UMNO, PAS tidak akan lagi memainkan sentimen ini.

5. Namun, jangkaan saya meleset. Selepas mendapat undi besar dalam PRU-15, PAS semakin galak menunggang agama ini untuk meraih undi.

6. Video di bawah ialah jawapan saya kepada dakwaan PAS bahawa ia adalah parti Islam. Bagi saya, PAS mempolitikkan Islam bukannya mengIslamkan politik.

7. Parti sebegini perlu ditolak demi masa depan negara yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff 

Rujuk video beliau di pautan berikut; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0n3PvBUpdH9AXuevzknrcP6MPEvByZ4yHVbcgkgx5uBgSRPengHh6FjGgPWae3yftl&id=1324102718&mibextid=Nif5oz

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts