PERDANA MENTERI YAKIN KERJASAMA ERAT ANTARA PARTI, NASIHAT PERTAHAN KUBU KUAT

335
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan semalam, mengingatkan semua pihak agar sentiasa bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri kelak.

Berucap pada program, YAB Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa negeri tersebut masih merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) termasuk Dewan Undangan Negeri di Port Dickson yang perlu dikekalkan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Saya tekankan, Port Dickson adalah kubu yang perlu dijaga sebaiknya tanpa perlu ada kegalauan mahupun usaha memecah-belahkan antara satu sama lain dalam menghadapi tantangan pada Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

Hatta, kebersamaan dan kerjasama rapat antara parti-parti perlu ada dalam membentuk ketumbukan yang kuat dan penting sebagai asas kepada Kerajaan Perpaduan.”

Sebelum itu, YAB Perdana Menteri juga sempat menyerahkan watikah pencalonan kepada enam calon KEADILAN di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini termasuk kepada Datuk Seri Aminuddin Harun yang dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Semoga segala yang dirancang berjalan rapi dan selebihnya diserahkan pada Allah Taala Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts