KERAJAAN SALUR RM460.2 JUTA BIAYA PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN

337
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Sentuhan Kasih Desa Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, semalam.

Beliau turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi KETENGAH, Dato’ Seri Ahmad Said.

Dalam ucapannya beliau tegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan amat serius dalam meningkatkan darjat dan martabat rakyat serta negara tanpa meminggirkan golongan kurang berkemampuan termasuk di Terengganu.

Ini dapat dibuktikan apabila sebanyak RM460.2 juta diperuntukkan bagi membiayai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang melibatkan 15,272 unit rumah di negeri ini tahun ini.

Jumlah itu turut merangkumi peruntukan RM244.4 juta bagi pembinaan 3,030 unit rumah baharu, sementara bakinya akan digunakan untuk pembaikpulihan.

YAB Perdana Menteri juga berkata beliau tidak akan sesekali mengizinkan sebarang amalan mengambil kekayaan daripada negeri atau negara sebaliknya ia perlu terus disalur kepada rakyat bawahan.

Justeru semoga segala usaha yang ditumpukan kepada rakyat sebegini akan mampu memanfaatkan rakyat seluruhnya Insya-Allah. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts