BUKTI MALAYSIA NEGARA ISLAM – SIRI III

215
SHARES
341
VIEWS

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911

Oleh Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi

Kefahaman yang betul menurut sejarah perundangan Kerajaan Melayu Terengganu; Fasal 53 menegah sebarang pindaan yang boleh disifatkan meroboh asas Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911, bahkan dalam Muqaddimahnya dihukum derhaka kepada mereka berbuat demikian.

Apa yang berlaku, pindaan untuk membesarkan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 melalui tambahan peruntukan baharu bagi maksud untuk memenuhi terma-terma Perjanjian Negeri Terengganu 1948.

Walaupun pentadbiran baharu diperkenalkan namun pembaharuan itu tidak memusnahkan prinsip kedaulatan Sultan Terengganu berlandaskan ajaran Islam.

Sistem politik berteraskan Sultan sebagai khalifah berprinsipkan keadilan dan amalan syura diteruskan sehingga hari ini.

Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu masih berkuatkuasa dan mengabsahkan kedaulatan Negeri Terengganu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=379619429553792&id=100025172144866

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts