BUKTI MALAYSIA NEGARA ISLAM – SIRI V

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi

Penjelasan tentang Jadual Kelapan di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum diulas tentang Jadual Kelapan, satu perkara yang perlu fahami bahawa kuasa dan bidang kuasa yang ada pada Perlembagaan Persekutuan adalah bersumberkan kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu.

Kuasa dan bidang kuasa itu diberikan kepada Perlembagaan Persekutuan bagi maksud penubuhan sebuah Persekutuan @ Kerajaan Yang di-Pertuan Agong yang kuat bertujuan untuk melindungi Negeri-negeri daripada ancaman luar, kemajuan ekonomi, kemakmuran rakyat dan berkerajaan sendiri atas prinsip keamanan, teratur dan kerajaan yang baik berteraskan Kedaulatan Raja-Raja dan Keluhuran Perlembagaan.

Kuasa dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan fungsinya oleh Baginda menurut budi bicara atau bertindak atas nasihat seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Persekutuan, atau oleh pihak-pihak yang dibenarkan untuk melaksanakan fungsi kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Justeru kuasa Yang di-Pertuan Agong bukanlah simbolik atau fictitious, malah Baginda mempunyai kuasa tersimpan.

Jadual Kelapan adalah salah satu jadual yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 seperti dilampirkan bersama-sama dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957.

Jadual Kelapan yang asal merupakan peruntukan-peruntukan perlu yang dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu untuk dimasukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan masing-masing bagi maksud keseragaman dan pelaksanaan Fasal 9 dan Fasal 10 Perjanjian Negeri 1948.

Oleh kerana Jadual Kelapan itu menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, maka selepas tarikh kuat kuasanya, mana-mana peruntukan di bawah Jadual Kelapan tidak boleh dipinda tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Prinsip itu dijelaskan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan. Pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan di setiap negeri selepas pemakaian Jadual Kelapan menurut peruntukan asalnya, hendaklah mengikut prosedur di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan masing-masing, tidak boleh dipaksakan ke atas negeri oleh Parlimen melalui jalan pindaan Jadual Kelapan, melainkan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Konteks di atas merupakan salah satu jaminan yang diberikan oleh Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

“Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi Perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu”.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=380185342830534&id=100025172144866

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts