PUTRA BANTAH KENAIKAN MENDADAK TARIF ELEKTRIK TNB

378
SHARES
721
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PARTI PUTRA

Rakyat semakin tertekan dengan bebanan taraf hidup apabila tiba giliran TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) mendapat kelulusan kerajaan PAKATAN HARAPAN (PH) semalam untuk menaikkan tarif bil elektrik tinggal beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri menjelma.

Rata-rata rakyat Malaysia terkejut dengan tarif baru bil elektrik TNB yang dikatakan terlalu mahal dan naik mendadak.

Rakyat rata-rata mengeluarkan kekecewaan dan merasakan ditipu oleh kerajaan.

Tarif elektrik sebelum ini untuk penggunaan domestik melebihi 300 kWj menerima diskaun RM1.80 untuk setiap kWj.

Selepas kemenangan PAKATAN HARAPAN (PH) bermula 1 Julai 2018 diskaun ini telah ditarik balik, berkuatkuasa 1Julai 2018 dan menyebabkan kadar peningkatan yang ketara.

Rakyat berasa terbeban dengan kadar kenaikan ini.

Tarif elektrik untuk penggunaan bukan domestik juga turut mengalami kenaikan RM3.15 selepas surcaj RM1.35 ditambah.

Amat mengejutkan apabila kerajaan PAKATAN HARAPAN (PH) meluluskan surcaj kenaikan tarif bil elektrik untuk semua kedai kedai dan industri.

Paling menyedihkan kerajaan yang menjanjikan bulan bintang sebelum Pilihan Raya Umum sekali lagi mengecewakan rakyat apabila mengumumkan kenaikan berganda RM2.55 untuk setiap kWj bermula Mac tahun hadapan.

Rakyat sangat terbeban dengan tarif kenaikan mendadak bil elektrik oleh TNB yang pastinya mengundang kos sara hidup yang meningkat.

Kami di PUTRA membantah sekeras-kerasnya dan berharap TNB serta kerajaan PAKATAN HARAPAN membuat keputusan yang tidak membebankan rakyat Malaysia dan mengutamakan kos sara hidup rakyat kini.

Kekecewaan rakyat terhadap janji-janji kerajaan seharusnya tidak dipandang sebelah mata.

Jangan membebankan rakyat tanpa mencari solusi yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Cari SOLUSI bukan MEMBEBANKAN.

Minta PENJELASAN ikhlas TNB dengan kadar segera.

Rakyat harus diutamakan.

PUTRA PERKASA NEGARA

•BERJUANG

•BERKHIDMAT

•BERKORBAN

Dr. Asmah Razalli

Ketua Wirawati PUTRA Malaysia

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts