TAKZIAH KEPADA KELUARGA KHOO KAY KIM

427
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA, DATO PADUKA DR IBRAHIM ALI

28 Mei 2019, Kuala Lumpur

Bagi pihak PUTRA dan PERKASA serta diri saya secara peribadi MENGUCAPKAN TAKZIAH atas kematian dan kehilangan seorang Tokoh Sejarah Ilmuan Negara yang terbilang, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim.

Pemergian Tokoh Sejarah Ilmuan Negara ini satu kehilangan besar buat negara yang sukar dicari ganti. Mendiang seorang tokoh ilmuan yang bersifat rendah diri, bukan egoistik dengan kehidupan yang amat sederhana dan senang bergaul dengan semua pihak.

Saya juga pernah berhubung serta bergaul rapat dengan mendiang dan menjadikannya pakar rujuk mengenai sejarah tanah air.

Mendiang memiliki ilmu sejarah tanah air dan ilmu yang dimilikinya tidak pernah dipolitikkan serta tegas mempertahankannya atas prinsip kebenaran sejarah.

Kefahamannya mengenai sejarah TANAH MELAYU dan bagaimana negara mendapat kemerdekaan 1957 serta terbinanya Asas Perlembagaan Negara melalui Jus Soli merupakan kepakaran ilmuannya atas prinsip kebenaran yang hakiki dan tidak ditokok tambah.

Mendiang adalah lambang dan contoh rakyat Malaysia yang menjunjung sejarah DI MANA LANGIT DI JUNJUNG DI SITU BUMI DIPIJAK..

Saya amat bangga serta amat menghormati mendiang dan turut bersedih atas pemergiannya buat selama-lamanya.

PUTRA dan PERKASA mencadangkan agar UNIVERSITI MALAYA mewujudkan segera KURSI PROFESOR KHOO KAY KIM bagi tujuan untuk terus memperkasakan sejarah tanah air yang sebenar supaya dihayati oleh semua peringkat generasi rakyat Malaysia kini dan akan datang.

Semoga mendiang Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim bersemadi di dalam ingatan semua lapisan masyarakat rakyat Malaysia dan menjadi ikon pendidikan sejarah negara Tanah Melayu dan Malaysia.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PARTI PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts