PIHAK AGAMA WAJIB MELURUSKAN FAHAMAN PLURALISME SAIFUDDIN NASUTION

227
SHARES
600
VIEWS

YB Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata;

“Perkara agama ini kita dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad SAW dan amalan para Sahabat. Saya sebagai seorang Muslim memberikan pandangan berdasarkan panduan apa yang diamalkan di zaman Nabi dan para Sahabat.”

Seterusnya beliau berkata; “Jadi ada di kalangan di negara ini, ada pihak mahu memberikan tafsirannya sendiri, itu hak mereka.” Kenyataan ini mengelirukan, mana boleh umat Islam mempunyai kebebasan untuk membuat tafsiran sendiri-sendiri. Semua mesti ikut tafsiran para ulama’ muktabar yakni golongan ahli ilmu yang mahir dalam bidang-bidang yang tertentu.

Kita di Malaysia tidak mengamalkan ajaran Wahabi yang melaungkan slogan tajdid dan islah dengan memberi kebebasan mentafsir mengikut nafsu akal semata-mata.

Di awal kenyataan, beliau kata ikut sunnah, tapi kemudian tidak menghalang pula sesiapa memberi tafsiran akal. Betapa celarunya pemikiran YB Saifuddin dalam memberi definasi ikut sunnah kemudian bebas pula membuat tafsiran sendiri.

Aneh sekali apabila beliau merujuk buku berjudul The Higher Objective of Humanity oleh Azman Hussin, yang memetik sirah Nabi Muhammad SAW mengenai kunjungan rombongan Kristian dari Najran yang menziarahi Rasulullah SAW di Madinah. Penulis ini bukannya ulama, dan tidak boleh penulisan penulis ini dijadikan sandaran.

Kalau buku itu sebagai “ijtihad”, maka akal YB Saifuddin dilihat sama seperti ijtihad ala-Manji yang tidak mengenal mana wilayah qath’ie yang tidak boleh ada ijtihad, dan mana wilayah yang dhanni.

Saya sarankan lebih baik YB Saifuddin pilih jalan selamat dengan senyap dalam bab hukum daripada cuba menegakkan benang yang telah jelas basuh kuyup.

Tidak pernah ada ulama’ Ahli Sunnah wal-Jamaah mengistinbat Hukum berdasarkan buku sejarah atau Sirah, tambah lagi buku yang beliau rujuk itu bukannya dari seorang ulama. Beliau juga harus faham sirah bukanlah suatu yang liberal.

Pihak berkuasa agama perlu memanggil YB Saifuddin Nasution untuk meluruskan kefahaman batil dan mungkar beliau yang menjurus kepada ajaran Pluralisme Agama, apabila beliau memetik kisah seorang Nasrani solat dalam masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai dalil bahawa Islam membenarkan beribadah bersama di dalam satu masjid.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts