Oleh Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi
Hukum Kanun Melaka. Salinan Perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka dan Undang-Undang Negeri. Perlembagaan dan undang-undang bertulis ini disimpan dan diterbitkan semula di Leiden pada tahun 1919.
Hukum Kanun Melaka begitu juga pascanya Undang-Undang Johor, Hukum Kanun Pahang dan lain-lain undang-undang bertulis di Tanah Melayu sebelum Hari Merdeka merupakan keterangan sahih bahawa prinsip kedaulatan dan sistem Perlembagaan watan tanahair berlandaskan ajaran Islam.
Keterangan itu menunjukkan sistem politik dan undang-undang watan (law of the land) bagi Tanah Melayu mendokong prinsip Raja Berperlembagaan bersumberkan ajaran Islam yang berdukung keadilan dan amalan syura, sekaligus menafikan “feudalisme” dalam sistem politik tradisional Melayu.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=385222122326856&id=100025172144866