ORANG KAFIR TIADA PENGETAHUAN MENGENAI AGAMA ISLAM

6.7k
SHARES
3.5k
VIEWS

Sama ada ia kesilapan teknikal atau memang disengajakan, bagi MUAFAKAT ia tidak sepatutnya berlaku.

Kita bercakap pada tahap kementerian iaitu kenyataan yang dibuat oleh seorang “menteri”, bukannya tahap seorang guru besar tadika Cina atau sekolah rendah Cina.

Ada 3 perkara berbangkit yang menjadi persoalan dari kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang dilihat cuba campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan secara tidak langsung beliau menghina kedaulatan agama Islam yang telah termaktub dalam Perlembagaan sebagai Agama Persekutuan.

1. Apabila Islam itu diangkat sebagai Agama Persekutuan maka amat jelas di sini bahawa agama lain tidak boleh sembarangan mencampuri urusan agama Islam, melainkan beliau seorang ahli akademik yang diperakui kepakarannya ada terlibat dalam urusan yang berkenaan.

Dalilnya: Al-Qur’an menyebut bahawa orang kafir tidak tahu ilmu agama Islam.

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

“Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (Surah Ar-Rūm, ayat 7)

2. Dan jika ingin dibenarkan juga campur tangan secara terbuka, atas konsep Rahmatan Lil Alamin Mujahid, dengan merujuk kepada kenyataan Teo Nie Ching yang menyebut;

“…. menjemput individu, kumpulan, dan institusi TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA…”, maka Teo juga harus menerima dan membenarkan agama lain, khususnya agama Islam campur tangan dalam hal agamanya, bukan setakat agama malahan segala urusan bangsa Cina.

Contohnya kena benarkan kita (umat Melayu Islam) campur tangan urusan sekolah vernakular, hal persatuan Cina, hal perniagaan Cina, maknanya mereka kena buka ruang bagi semua hal urus tadbir yang berkaitan bangsa Cina dan lain-lain.

3. Mengapa yang mengumumkannya Timbalan Menteri yang berbangsa Cina, bila mana ia berkaitan dengan agama Islam?

Kenapa tidak Menteri penuh, Dr. Maszlee Malik yang beragama Islam? Apakah beliau yakin Teo mampu dan memahami urusan agama Islam sehingga menyerahkan segala urusan yang berkaitan dengan Islam kepada beliau? Atau adakah Dr. Maszlee hanyalah boneka yang dikawal perilaku dan pendapat oleh timbalannya dari parti DAP.

4. Dan agak memeranjatkan apabila sehingga saat ini NGO yang bersama kerajaan baru, senyap tidak bersuara? Atau setidak-tidaknya mengapa mereka tidak menasihati dan memberi pandangan sebelum kenyataan ini dikeluarkan?

5. Akhir sekali jika alasannya adalah kesilapan teknikal ketika menaip maka perkara besar sebegini tidak sepatutnya berlaku pada tahap kementerian di bawah kerajaan yang bercakap tentang integriti, kecekapan, amanah, adil dan cekap. Kita bercakap mengenai seorang Menteri bukannya guru besar sekolah rendah Cina!

Dari itu, MUAFAKAT menuntut Timbalan Menteri Teo Nie Ching supaya membuat kenyataan mohon maaf, menarik balik kenyataannya itu dan diperbetulkan semula jika ianya kesilapan teknikal dan pastikan di masa hadapan kesilapan kecil tetapi memberi impak besar ini tidak diulangi lagi.

Kementerian sepatutnya berada pada paras profesionalisme yang tinggi dan berwibawa.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts