PENYERTAAN PARTI POLITIK DALAM PRN 6 NEGERI 2023

347
SHARES
2k
VIEWS

1. Pilihan Raya DUN ke-15 bagi 6 negeri sudah membuka gelanggangnya dan akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos kelak.

2. Penantian kini tertumpu pada hari pengundian di DUN Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

3. Sebanyak 245 kerusi dipertaruhkan yang menjadi rebutan parti-parti bertanding.

4. Dua gabungan terbesar, iaitu Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional meletakkan calon di kesemua kerusi yang dipertandingkan

5. Manakala persaingan di sebahagian kawasan dimeriahkan lagi dengan penyertaan parti-parti lain serta calon bebas yang turut menyabung nasib masing-masing.

6. Buat semua calon yang bertanding, selamat berkempen dengan penuh harmoni mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

7. Usahlah diusik 3R (Religion – agama, Race – bangsa/kaum, Royalty – raja) bukan sahaja ketika berkempen malah sepanjang masa bagi memastikan keharmonian tetap terjaga.

8. Ingatlah, manusia hanya mampu merancang namun Allah Taala jualah sebaik-baik Perancang.

9. Bagi yang bertanding, menang atau kalah ini sudah menjadi adat pertandingan, hakikatnya segala-galanya sudahpun ditetapkan oleh Allah Taala

10. Justeru berusahalah tanpa mengundang kemurkaan Allah dengan caci-mencaci ataupun memfitnah, sebaliknya berkempenlah dengan penuh tawaduk dan ketakwaan yakni takut kepada Allah SWT.

Insya-Allah hanya kepada Allah SWT jualah kita berserah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts