PROGRAM TEMU ANWAR DI KUANTAN

338
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertemu penduduk Kuantan dalam  sesi Temu Anwar yang akan diadakan hari ini, 1 Ogos 2023 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun KKTM Kuantan.

Seperti yang selalu YAB Perdana Menteri tekankan bahawa rakyat mestilah diberikan ruang secara terus dan seluas-luasnya untuk menyoal pemimpin melibatkan pelbagai isu yang mengesankan warga, dan ini adalah sebahagian dari rencana untuk melonjak negara ke arah sistem masyarakat yang madani.

Dalam pengalaman lalu, soalan yang diajukan kepada beliau semestinya terbuka dan menyentuh pelbagai topik, sama ada mengenai politik dan kekuasaan, falsafah, agama, atau apa sahaja.

Insya-Allah, ruang ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan dalam mencambah budaya wacana yang sihat dan segar berbanding gejala mencerca dan yang tidak mencerdikkan masyarakat.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Ayuh penduduk Kuantan, bersama-sama bertemu YAB Perdana Menteri hari ini di sana!

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts