Dari Bara’ ibn ‘Azib Radhiyallahu ‘Anhu, katanya: “Pada suatu ketika, lalu di hadapan Nabi SAW seorang Yahudi yang dicat hitam dan didera (sebagai hukuman zina ke atasnya).
Lalu Baginda panggil mereka seraya bertanya, “Beginikah hukuman zina yang kalian dapat dalam kitab Taurat kalian?” Jawab mereka, “Ya, benar!”
Lalu Nabi SAW memanggil beberapa lelaki pendeta mereka. Nabi SAW berkata, “Aku harap kamu semua mahu bersumpah dengan nama Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa (Alayhissalam), betulkah begini caranya hukuman zina yang kamu dapati dalam Kitab Taurat-mu itu?”
Jawab mereka, “Tidak! Seandainya tuan tidak menyuruh kami bersumpah dengan nama Allah, kami tidak akan mengatakan yang sebenarnya kepada tuan. Yang kami ketahui, dalam Kitab Taurat hukumannya ialah rejam. Tetapi biasanya hukuman itu tidak berlaku ke atas para pembesar kami.
Jika yang tertangkap itu seorang pembesar, kami biarkan sahaja; tetapi apabila yang tertangkap itu seorang rakyat biasa, maka kami tegakkan hukum sesuai dengan panduan Taurat.
Akhirnya kami bermusyawarah membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan bagi pembesar dan rakyat biasa. Kami putuskan, dengan menghitamkan tubuh dan mendera pelaku zina sebagai ganti hukuman rejam.” Dan seterusnya, panjang perbahasan hadith ini… (Hadith sahih Muslim Jilid 3 no.1681)
Manakala dalam riwayat lain yang menyebut mengenai liwat adalah seperti berikut;
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth (liwat) maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan pasangan yang kena liwat).”
Hadith yang serupa ini juga diriwayatkan oleh Jabir dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhum, tapi hadith ini hanya kita ketahui dari riwayat Ibnu Abbas dari Nabi SAW.
Hadith ini juga diriwayatkan oleh Muhammad ibn Ishaq dari Amr ibn Abi Amr, dia berkata: “Terkutuklah seseorang yang melakukan perbuatan kaum Luth (senggama sesama jenis), tapi tidak disebutkan di dalamnya dengan kata: “membunuh”, tapi disebutkan juga kata-kata:
“…terkutuklah seseorang yang melakukan hubungan seks dengan haiwan (liwat).” Ianya juga diriwayatkan dari ‘Ashim ibn Umar dari Suhail ibn Abi Salih dari ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia bersabda: “Bunuhlah si-pelaku dan kawan liwatnya.” (Hadith Sunan at-Tirmidzi Jilid 3 no.1481)
Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukuman (hadd) terhadap pelaku liwat, sebahagian berpendapat dikenakan hukum rejam, baik yang sudah nikah mahupun yang belum nikah, dan ini adalah pendapat para ulama’ seperti Imam Malik, as-Syafi’e, Ahmad dan Ishaq.
Dan sebahagian ulama’ feqah seperti Hasan al-Basri, Ibrahim an-Nukh’ie, Atha’ ibn Abi Rabah dan selain mereka berpendapat hadd (hukuman) pelaku liwat sama dengan pelaku zina, dan yang demikian ini juga termasuk pendapat at-Tsauri termasuk para ulama’ Kufah.
Secara dasarnya memang hukuman peliwat bagi ulama Ahlissunnah wal-Jamaah baik dari mazhab Hanbali, atau Maliki, atau mazhab Syafie, atau mazhab Hanafi, jelas adalah DIBUNUH.
Menurut pendapat Imam as-Syafi’e Rahimahullah, pelaku liwat dihukum bunuh berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh para penulis Sunan (Asbab al-Sunan) daripada Ibn Abbas Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:-
Dari Ibnu ‘Abbas, bahawasanya Rasulullah SAW, bersabda: “Barangsiapa, kalian temukan sedang melakukan perbuatan kaum Luth (liwat), maka bunuhlah yang berbuat dan yang dibuat (pasangannya).” (Hadith Sunan Ibnu Majah, Jilid 3 no.1561)
Oleh itu, tindakan tiga Mufti yang seolah-oleh bertindak membela Azmin Ali ternyata bertentangan dengan etika Mufti. Ini kerana seorang Mufti tidak boleh dalam keadaan apa sekalipun berpihak kepada mana-mana individu yang sabit atas tuduhan, ia harus berkecuali dengan memastikan perlaksanaan perundangan itu dipatuhi dengan mengikut prosedur syarak.
Adalah amat dikesali apabila ketiga-tiga Mufti berkenaan terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang jelas memihak kepada Azmin Ali, walaupun alasannya bagi menunjukkan simpati kepada beliau yang kononnya apa yang berlaku adalah fitnah bagi menjatuhkan karier politiknya.
Namun ini tidak sepatutnya berlaku bagi seorang menjawat jawatan sebagai Mufti. Mereka harus bertindak lebih bijak dengan bersikap berkecuali sehingga pertuduhan diputuskan.
Anehnya, baru khabar angin dan taburan fitnah yang tular melalui laman sosial media mereka telah mengambil pendirian berpihak kepada Azmin Ali.
Kenyataan Mufti Pulau Pinang yang mengatakan tidak perlu mengangkat sumpah oleh Azmin Ali bagi membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan fitnah keji ini juga dilihat jelas bercanggah. Dan amaran Mufti Pulau Pinang itu pula untuk mengambil tindakan qazaf jika Haziq tidak menarik balik pengakuan merupakan satu kesalahan mengganggu siasatan polis dan berbau ugutan terhadap saksi yang mengaku.
Menurut Mufti Wilayah, Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri pula, beliau menyebut bahawa qazaf adalah satu kesalahan jenayah syariah yang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang melakukan ZINA tanpa mengemukakan empat orang saksi dan beliau berkata lagi; bukti perlu dikemukakan oleh orang yang mendakwa atau menuduh, manakala orang yang dituduh boleh BERSUMPAH terhadap kebenaran tuduhan tersebut.
Dalam kes rakaman video terbabit, pelaku dalam video tersebut bukannya menuduh tetapi MENGAKU dirinya adalah individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Kenapa perlu saksi?
Dengan itu, apabila Mufti Wilayah mengulas mengenai video tersebut, dengan menuntut supaya dikemukakan empat orang saksi sebagai bukti tuduhan adalah SALAH. Kerana ia bukan lagi pertuduhan tetapi pengakuan pelaku yang melakukannya.
Sejarah telah mengajar kita bagaimana kaum Nabi Luth dihancurkan oleh Allah SWT dengan bala yang teramat besar sehingga terhapus terus kaum mereka dari muka bumi ini tetapi kini kita dapat lihat bagaimana terdapatnya segelintir mereka yang cuba mengangkat semula golongan ini dengan beranggapan bahawa hukum liwat ini adalah perkara remeh sehingga mengabaikan sejarah bagaimana beratnya hukuman yang ditimpakan ke atas pelaku liwat ini.
Mudah-mudahan Allah selamatkan kita daripada bala dimusnahkan seperti yang menimpa ke atas penduduk Sadom kerana bermudah-mudah dengan perkara yang keji lagi dilaknati Allah SWT.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Antara pautan rujukan: https://azmiarshad.home.blog/2019/06/19/dr-zulkifli-al-bakri-mufti-wahabi-wilayah-persekutuan-bertopeng-aswj/