AZMIN TIDAK TANDING PRN, INGIN BEREHAT

475
SHARES
1.5k
VIEWS

Bekas Menteri Kanan Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali tidak berhasrat untuk bertanding lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau juga berkata ingin berehat setelah berkhidmat selama tujuh penggal. 

Saya telah beritahu yang saya ingin berehat. Saya telah berkhidmat selama tujuh penggal. Jadi saya fikir kita harus memberi peluang kepada generasi muda dan kita mempunyai calon yang berpotensi dan mereka sangat komited dalam usaha itu.

Itu adalah keputusan saya yang saya buat enam bulan lalu sejurus selepas pilihan raya umum.. Saya berpegang kepadanya.

Azmin ketika menggalas tugas Menteri Kanan Ekonomi di bawah Tan Sri Mahiaddin dan Datuk Seri Ismail Sabri dilihat tidakpun menonjol dan gagal menstabilkan ekonomi negara yang bertambah teruk walaupun Perdana Menterinya kerap bertukar.

Ketika menjadi Menteri Besar Selangor beliau juga dilihat gagal memerintah negeri yang kaya ini dengan baik, jauh sekali mampu menyaingi kehebatan Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim menerajui Selangor.

Apapun, tahniah kepada Azmin kerana buat pertama kalinya beliau bertindak bijak dalam membuat keputusan untuk bersara daripada politik. Cuma diharapkan jangan menjadi seperti Raja Formula Rafizi, kononnya bersara tetapi selepas itu kembali membuat huru-hara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts