AZMIN SAH BERTANDING DI DUN HULU KELANG, BAKAL JADI MENTERI BESAR SELANGOR

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Datuk Seri Mohd. Azmin Ali yang kalah di Parlimen Gombak sebelum ini dan berkata mahu bersara dari politik, kini telah sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kelang.

Walaupun beliau sebelum ini berkata mahu berehat sebentar dan membuat perancangan lain namun apabila disebut-sebut bakal menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya menang, membuatkan Azmin sukar menolak untuk bertanding semula. Rujuk berita di pautan; https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/02/1063385/azmin-umum-berehat-sebentar-daripada-politik

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pasukan Azmin di DUN tersebut, di mana bilik gerakan telahpun ditubuhkan di rumah keluarga terdekatnya di Klang Gate. Beliau juga telah mendapat restu pemimpin Perikatan Nasional Pusat di mana mereka meletakkan harapan besar Azmin sebagai bakal Menteri Besar apabila mereka berjaya merampas Selangor kelak.

Pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional yang amat yakin akan menang dan menguasai empat negeri iaitu Selangor dan tiga negeri lain iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan, mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar walaupun mendapat tentangan dari pimpinan PAS sebelum ini yang mahukan pemimpin mereka menerajui negeri kaya tersebut.

Namun perkara tersebut telah berjaya diselesaikan walaupun PAS tetap merasakan mereka lebih layak menerajui Selangor. Rujuk berita, “Mahiaddin mahu Azmin jadi Menteri Besar walau PAS tidak setuju” di  pautan; https://editormalaysia.com/30205/

Kesimpulannya, Perikatan Nasional kini amat yakin akan mampu merampas Selangor hatta perbezaan pendapat siapa yang lebih layak menjadi Menteri Besarpun berjaya diketepikan, asalkan kerajaan Pakatan Harapan di Selangor berjaya ditumbangkan.

Ia juga bertujuan memudahkan mereka memainkan propaganda bahawa rakyat kini menolak Kerajaan Perpaduan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts