ANWAR PERSOAL NARATIF PEMBANGKANG, CABAR BENTANG USUL UNDI TIDAK PERCAYA DI PARLIMEN

340
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan ke Bandar Baru Bangi bagi bersama dalam majlis Jelajah Perpaduan Madani malam tadi. Beliau diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor, selain beberapa menteri kabinet dan pimpinan negeri.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri turut menyentuh beberapa perkara antaranya beliau turut mempersoalkan naratif yang cuba dilemparkan ke arah Kerajaan Perpaduan setakat ini. Menurutnya, sehingga kini belum ada kritikan yang bernas dan membina dari pihak pembangkang.

Serangan demi serangan hampir setiap hari hanya berbentuk adu domba dan fitnah yang diulang-ulang, dan ini tidak mengejutkan tatkala rakyat dan negara telah saksikan dalam beberapa siri sidang Parlimen yang lalu betapa kontang dan lemahnya isu yang cuba dibawa oleh pembangkang.”

YAB Perdana Menteri turut menggunakan pentas semalam untuk menjelaskan mengenai keputusan atau langkah kerajaan mengenai FELDA dan nasib peneroka, selain mencerakinkan usaha kerajaan dalam meningkatkan pelaburan, meredakan kadar inflasi ke 2.8 peratus dan melonjak pertumbuhan ekonomi pada suku pertama 2023 melebihi negara tetangga di rantau ini.

Rakyat dan negara ini perlukan kestabilan, dan kestabilan penting untuk kita paculkan sebuah tatanan contoh yang kuat ekonominya dan rakyatnya yang bersatu padu yang tidak dipecahkan dengan adu domba perkauman dan agama.”

Justeru, kestabilan tidak mungkin dapat diterjemahkan dengan baik sekiranya setiap masa rakyat dihidangkan dengan cerita “gerakan dalam gelap” untuk menumbangkan kerajaan.

Menurut YAB Perdana Menteri lagi, sekiranya berani dan benar pembangkang mempunyai cukup jumlah maka beliau alu-alukan agar menggunakan saluran yang betul dan demokratik melalui Usul Undi Tidak Percaya di Parlimen dan kerajaan bersedia berdepan dengannya.

Dalam majlis yang sama, pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah menzahirkan hasrat untuk bekerjasama pada pilihan raya negeri akan datang dengan semangat persahabatan dan perpaduan yang tinggi bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat membentuk kerajaan-kerajaan negeri pada 12 Ogos kelak, insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts