YAB PERDANA MENTERI RASMI ISWC 2023, SAKSI PELANCARAN APLIKASI BAHARU KWSP i-AKAUN

78
SHARES
250
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  merasmikan dan turut menyampaikan ucapan perasmian International Social Well Being Conference (ISWC 2023) dengan tema “Changing The Game: Building The World We Want”, pagi semalam.

Beliau turut berkesempatan menyaksikan pelancaran aplikasi versi baharu KWSP i-Akaun sambil diapit oleh Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

YAB Perdana Menteri menyampaikan pesanan, sejauh mana peredaran zaman dan teknologi, kita tidak boleh terlalu ghairah mengejar pembangunan sehingga melupakan rakyat, terutamanya yang terpinggir dari kemajuan negara.

Justeru, beliau maklumkan, kerajaan komited dan fokus dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan pengukuhan ekonomi dan pembangunan mampan.

Bersesuaian dengan aspirasi Malaysia MADANI, hasrat kerajaan itu In sha Allah dapat dicapai melalui kerjasama berterusan termasuk sektor swasta dalam membina sebuah negara yang lebih maju.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts