MAHIADDIN MAHU AZMIN JADI MENTERI BESAR SELANGOR WALAU PAS TIDAK SETUJU?

343
SHARES
2k
VIEWS

Bersatu membayangkan Dato’ Seri Mohd. Azmin Ali bakal menjadi Menteri Besar Selangor namun disambut hambar oleh PAS yang juga mahukan kerusi panas tersebut.

Bagi Bersatu, Selangor perlu menjadi ‘base‘ mereka kerana sudah kehilangan Kerajaan Pusat atas kebodohan sendiri apabila tidak mahu bersama membentuk kerajaan.

Bagi PAS pula, negeri yang amat kaya seperti Selangor perlu menjadi negeri keempat mereka selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana di ketiga-tiga negeri itu mereka gagal memerintah dengan baik dan perlukan Selangor sebagai sumber baharu mereka.

Jelas PAS dan Bersatu amat yakin akan menguasai lapan puluh peratus sokongan di Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri kelak seperti dikatakan, maka ketika ini pertelagahan terbuka mereka juga sudah tidak dihiraukan.

Bersatu dilihat agak berlembut berbanding PAS yang yakin Selangor bakal tumbang ke tangan mereka, justeru parti yang konon memperjuang Islam itu ‘lupa’ untuk menyantuni Bersatu yang banyak membantu dana pilihan raya mereka.

Malah ketika berunding dengan Tun Mahathir yang partinya kalah teruk pada PRU-15 lepas, PAS turut membelakangi Bersatu yang sebelum ini amat bergantung kepada jentera PAS, sehingga ‘inner circle‘ Tan Sri Mahiaddin Yassin kata beliau sangat berkecil hati dengan PAS.

Oleh kerana itulah beliau sebenarnya menyindir PAS apabila berkata, “Parti kita adalah parti miskin, tetapi gerak kerja kita adalah strategi untuk menang.” Ini kerana Mahiaddin sedar “scheme of things” beliau tidak akan berjaya tanpa dana yang besar seperti di PRU-15.

Tetapi rasanya PAS tidak pedulipun sindiran Mahiaddin kerana itulah budaya politik “mata duitan” mereka sejak dahulu yang disembunyikan di sebalik retorik “politik matang dan sejahtera”.

Cuma kali ini mungkin tiada lagi dialog, “Wallahi, kami undi PAS” – melainkan Selangor pula bertukar tangan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts