UMNO BAKAL DIISYTIHAR PERTUBUHAN HARAM

4.2k
SHARES
9.9k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Strategi kerajaan yang mudah dibaca.

Langkah 1.

Labelkan 1MDB sebagai syarikat Najib yang meniaga menggunakan wang rakyat berbilion-bilion untuk tujuan menampung gaya hidup mewah Rosmah Mansur.

Langkah 2.

Kenalpasti semua individu, NGO atau syarikat yang pernah menerima duit dari akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB.

Langkah 3.

Bekukan akaun bank kesemua entiti berkenaan.

Langkah 4.

Tuntut balik semua wang berkenaan dari setiap entiti yang pernah menerimanya melalui saman Sivil di bawah Akta AMLA.

Langkah 5.

Jika entiti berkenaan gagal memulangkan duit itu, mereka dianggap berhutang dengan kerajaan dan mereka boleh dibankrapkan, dibatalkan pendaftaran atau digulungkan.

Mission accomplished.

1. Jadi walaupun mahkamah masih belum membicarakan kes 1MDB kerana Peguam Negara asyik minta tangguh sahaja, duit yang dikaitkan dengan 1MDB boleh dituntut dahulu oleh kerajaan kerana mereka nak susun semua duit itu macam bongkah batu bata untuk dijadikan eksibit bahan bukti di mahkamah ketika perbicaraan kes jenayah 1MDB nanti.

2. Kalau kerajaan kalah dalam bicara 1MDB nanti, duit tersebut akan dipulangkan semula oleh kerajaan kepada entiti berkaitan dengan melampirkan surat “Terima kasih atas kerjasama anda”

3. Jadi salah ke tidak salah, duit tu pulangkan dulu. Yang lain nanti cerita kat Court.

4. Saya bersimpati dengan sebahagian entiti yang dinamakan ini dan berharap mereka boleh melantik peguam yang hebat untuk melawan kerajaan di mahkamah.

5. Kalau tidak, bergolok bergadailah AJK sedia ada untuk menyediakan duit yang belum tahu lagi duit itu duit dari sumber haram atau tidak.

6. Dan untuk UMNO selaku penerima terbesar wang berkenaan, bersedialah untuk menerima surat dari KP ROS untuk menunjuk sebab mengapa kamu tidak boleh diisytiharkan sebagai Pertubuhan haram kerana telah menerima wang dari sumber yang diisytiharkan haram oleh kerajaan, bukan oleh Mahkamah.

Tangkap dulu

Balai cerita.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts