EZAM HANYALAH SAMPAH POLITIK

333
SHARES
1.1k
VIEWS

Kelihatannya Parti Negara semakin aktif mengeluarkan kenyataan berkaitan pentadbiran kerajaan hari ini. Bagi mereka, ada saja yang tidak kena dengan kerajaan hari ini. Pasca PRU-14,  presiden Parti Negara Ezam Mohd Nor dilihat agak mesra dengan kerajaan Pakatan Harapan. Banyak juga ‘harapan’ yang Ezam berikan untuk kerajaan yang baru dibentuk ketika itu.

Mungkin dalam keadaan menempatkan kembali dirinya di arena politik tanahair, menghentam pentadbiran lama dan memuji pentadbiran baru adalah jalan terbaik untuk mencari tempat. Ezam memuji Mahathir setinggi langit. Konon Perdana Menteri ke-7 adalah harapan untuk membina kembali Malaysia dengan cara yang paling bersih.

Melepasi usia setahun kerajaan, Ezam sudah mula menunjukkan belangnya. Banyak kenyataan dikeluarkan atas nama Presiden Parti Negara sudah tidak selari dengan kerajaan.

Ezam secara terbuka sudah mempertikaikan keputusan- keputusan dasar yang dibuat terutamanya oleh Perdana Menteri.

Berbeza sekali ketika masih lunak dengan kerajaan, Ezam sering mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin kerajaan Pakatan Harapan berbincang secara tertutup!

Dulu Ezam bermati-matian mempertahankan Anwar dari tuduhan meliwat, kemudian Ezam sendiri yang percaya Anwar meliwat. Lepas itu kembali ke UMNO, sokong Pak Lah, kemudian Najib. Macam-macam pujian setinggi langit Ezam terhadap UMNO, Pak Lah dan Najib.

Entah apa masalahnya selepas itu, semuanya dikecam terutama Najib. Lepas itu masuk PPBM, keluar juga. Kemudian masuk parti sendiri, dia keluar juga. Nak cari tempat dengan kerajaan Pakatan, puji Pakatan. Sekarang dah pertikai keputusan kerajaan pula.

Pelantikan Pengerusi FELDA dikata satu langkah ke belakang. Kata-kata Perdana Menteri Azmin tidak perlu letak jawatanpun dipertikai. Disuruhnya Azmin lawan kes ini di mahkamah.

Bila PM kata tak perlu letak jawatan, bermakna PM tahu apa nak buat. Ezam tidak payah menyibuk diri menjadi duri dalam daging. Lebih baik Ezam cari balik kotak-kotak yang beliau dakwa ada dan lawan Tun Mahathir secara terang dan anak jantan.

Bukan berselindung dalam Parti Negara yang melukut di tepi gantang. Ada atau tiada, politik Malaysia tetap macam tu juga.

Apa agenda Ezam sebenarnya? Tindakan beliau ini hanya akan melemahkan kerajaan sekarang. Inikah yang Ezam mahu? Dengan UMNO bergaduh, dengan Anwarpun bergaduh.

Dengan Mahathirpun dia nak mula gaduh balik. Jadinya Ezam nak sokong siapa jadi PM selepas ini? Tidak mungkin DAP? Ataupun Ezam ni sebenarnya nak jatuhkan Mahathir, Anwar dan Azmin.

Ini kerana Pengerusi PPBM adalah Perdana Menteri. Jika Pengerusi PPBM jatuh, Presiden PPBM mungkin ada ruang mengintai peluang menjadi PM.

Apapun, sebenarnya Ezam ini hanya ibarat sampah, hanyut ke manapun, ia tetap sampah. Tidak berguna langsung walau di mana ia tercampak.

Hanya sampah sahaja yang mahu mengumpul sampah. Biarlah Ezam menjadi Presiden sampah di dalam longgokan sampah dan akhirnya mereput di tempat pelupusan sampah…

Pemerhati Politik

Pantai Teluk Batik

Lumut, Perak.

3 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts