1) Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu
2) Malah orang Melayu akan terus menolak BERSATU, kerana parti itu bertanggungjawab memecah kecilkan orang Melayu semata-mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu
3) Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dengan politik BERSATU yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam Manifesto semata-mata untuk mendapat undi tetapi langsung tidak menunaikan janji mereka
4) BERSATU juga meneruskan agenda DIVIDE & RULE dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan Bumiputera di sana
5) BERSATU juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain-lain yang semakin bebas
6) BERSATU juga dilihat bertanggungjawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada DAP, terutamanya posisi strategik seperti Menteri Kewangan, Menteri Penerangan, Peguam Negara, SPRM dan lain-lain serta menghakis hak Melayu
7) Lebih buruk lagi BERSATU dilihat sebagai parti peribadi Tun Mahathir, dan ketiadaan beliau sebagai PM merupakan titik mati yang pasti bagi BERSATU
8) Sehingga sekarang ahli UMNO dan PAS semakin padu dan istiqamah. Penyatuan Melayu melalui dua wadah ini bakal membentuk GELOMBANG BESAR yang akan membersihkan kotoran dan sampah yang ditinggalkan sekutu DAP termasuk BERSATU
Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU untuk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu.
9) BERSATU bukanlah jawapan kepada cita cita dan aspirasi perjuangan orang Melayu
10) Seeloknya ahli BERSATU segera berhijrah MENINGGALKAN DAP ke bahtera lebih besar UMNO-PAS dan sama-sama menyahut MUAFAKAT NASIONAL yang dipimpin gerakan orang Melayu dan Bumiputera Islam bersama rakan semua bangsa dan agama.
Orang Melayu tidak akan memaafkan perbuatan BERSATU menggadai hak dan posisi orang Melayu dan Bumiputera kepada DAP.
(Ditulis oleh Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung UMNO)