PKR PERLU TUBUH PASUKAN MENENTUKAN KETULENAN VIDEO SEMBURIT

479
SHARES
2.5k
VIEWS

Skandal video semburit dipercayai antara menteri kabinet Pakatan Harapan yang juga orang kepercayaan Tun Mahathir untuk menggantikannya, dengan salah seorang ahli PKR menjadi semakin panas apabila tersebarnya video versi lain.

Video versi lain itu tidak sepanas video-video yang telah tersebar sebelumnya namun menjadi bukti kukuh Haziq, iaitu penuduh dan juga saksi aksi bersemburit ada memasuki kamar Menteri Kabinet tersebut.

Versi ini sepatutnya menjadi tamparan buat Tun Mahathir yang beriya menidakkan Datuk Seri Azmin Ali sebagai pelakunya dan berkata Azmin tidak akan sebodoh itu untuk melakukannya.

Rakyat juga tidak sangka Azmin sebodoh itu untuk melakukan aksi panas bersemburit tersebut namun mengikut realiti video yang tersebar, ia tidak mungkin diubahsuai ataupun pelanduk dua serupa.

Saksi sudah ada, pengakuan juga sudah dibuat malah buktipun sudah tersebar merata sehinggakan laman web porno juga menyiarkan rakaman penuh berdurasi 9 minit video tersebut.

PKR bertindak pantas dengan membuat kenyataan akhbar dan tidak lama kemudian memecat Haziq sebagai ahli PKR.

Muhammad Hilman Idham iaitu Setiausaha Politik Azmin juga pantas menafikan beliau dan Azmin mengenali Haziq secara dekat, namun video versi kedua melalui CCTV Hotel Four Seasons Sandakan membuktikan beliau menipu.

Walaupun Hilman berkata video berkenaan jelas menunjukkan wujud motif konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej Mohamed Azmin sebagai seorang menteri dan juga ahli politik disegani, perkara itu tidak bernilai selagi Azmin sendiri tidak bersumpah tidak melakukannya malah beliau tidakpun bertindak menyaman Haziq, jika beliau betul-betul dianiaya.

Rakan-rakan dan keluarga Azmin juga wajar menasihati beliau untuk membuat sumpah laknat, membuat dakwaan terhadap Haziq dan melantik peguam tersohor untuk membantunya.

Jangan biarkan Azmin berjuang bersendirian kerana ini tidak sihat buat ‘bakal Perdana Menteri’ Malaysia ini kelak.

PKR pula wajar menubuhkan sekumpulan pakar untuk meneliti ketulenan video tersebut dan memecat Azmin sekiranya dapatan daripada kajian kumpulan tersebut mengesahkan Azmin dan Haziq terlibat bersemburit dalam hotel di Sandakan tersebut dalam bulan Ramadan.

PKR perlu terlihat adil dan berkredibiliti, sesuai dengan akronim P/K/R itu sendiri iaitu “Parti KEADILAN Rakyat”.

Mereka perlu adil untuk mengadili Azmin dan juga Haziq, jangan kerana Azmin seorang Menteri maka hanya Haziq yang dipecat.

Kajian video PKR itu juga tidak akan mengganggu siasatan polis kerana penubuhan pasukan untuk menyiasat video tersebut hanya bersifat siasatan dalaman parti dan bukannya untuk dibawa ke mahkamah.

Sekadar untuk membuktikan PKR ini adil untuk seluruh rakyat, walaupun melibatkan pimpinan tertinggi, beliau tetap disiasat.

PKR tidak perlu takut jika nyata siasatan tersebut tidak menyebelahi Azmin, Azmin pula tidak perlu takut jika beliau sememangnya tidak berada dalam video tersebut dan hanya dianiaya, seperti kata Hilman.

Tun Mahathir juga tidak perlu beriya ‘menjaga’ Azmin dan biarkan rule of law berfungsi seadil-adilnya seperti yang beliau sendiri kehendaki.

Biarkan pihak polis menyiasat sebaik mungkin tanpa ada sebarang tekanan politik.

Jika Azmin tidak bersalah, konspirator video tersebut termasuk Haziq wajar dikenakan hukuman yang berat kerana merosakkan reputasi Azmin yang tidak mungkin pulih, untuk menjadi iktibar buat seluruh rakyat Malaysia.

Namun jika Azmin ternyata bersalah, bukan sahaja PKR wajar memecat beliau sebagai Timbalan Presiden tetapi beliau juga wajar dipecat sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan lain-lain jawatan beliau dalam kerajaan termasuk Khazanah, jika tidak mahu meletakkan jawatan secara sukarela.

Rakyat tertunggu-tunggu adakah Azmin bersalah ataupun Haziq hanya membuat fitnah?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts