KADIR JASIN: TEAM MAT HASSAN-KJ?

571
SHARES
3.3k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

17 Julai 2019

A Kadir Jasin (Penasihat Media Perdana Menteri) dakwa, kini ada gandingan baru Mat Hassan-KJ untuk lawan Najib-Zahid.

Saya yakin kalau ditanya pada Mat Hassan, jawapan beliau ialah “Tak ada selera”. Lagipun KJ tidak mesra “Ta’awun siyasi’ UMNO-PAS.

Kalau Kadir Jasin dakwa, Nazri-KJ sebagai team baru masuklah akal sikit. Tetapi Kadir tahu ia tidak “carry weight” kerana ahli UMNO juga tidak ada selera dengan Nazri.

Bukan kerana Nazri mahu keluar UMNO tetapi kerana dia pro DAP dan Anwar.

Pada Kadir, menonjolkan Nazri tidak menambah tetapi boleh mengurangkan impak untuk memecahkan UMNO.

Lagipun dia bukan jenis turun ke akar umbi untuk menarik sokongan rakyat kepada UMNO. Sebab itu Kadir melihat program Bossku sebagai ancaman tetapi Nazri kata ia program kebudak-budakan.

Pokoknya usaha Kadir memecahkan UMNO dari dalam dengan merekacipta team baru adalah mengarut.

Sebenarnya perpecahan sesama PKR dan sesama PPBM semakin parah termasuk antara PKR lawan Pribumi.

Kes video Azmin-Haziq mengancam perpaduan PH terutama apabila Setiausaha Politik Anwar ditangkap polis. Sudah tentu Anwar dituduh terlibat.

Maka Kadir tidak perlu divert masalah dalaman PH kepada UMNO.

Sebelum ini Kadir Jasin pernah meramalkan 40 orang Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti (27 Oktober 2018).

Ia bukan ramalan. Sepatutnya ia berlaku kerana cara Kadir Jasin mendedahkannya, dia tahu banyak perkara. Ia memang dirancang dan Kadir turut terlibat.

Kadir mendedahkan, di kalangan yang mahu melompat itu ada yang “terdedah untuk siasatan”. Dengan kata lain PH menjadikan “siasatan” sebagai senjata tawar-menawar untuk memujuk dan menekan.

Tetapi perancangan itu tidak menjadi. Di Semenanjung hanya sepuluh orang sahaja yang keluar. Kini tersebar luas, ada yang mahu berpatah balik kerana dilayan seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Naratif Kadir dalam cerita Mat Hassan-KJ ialah perlawanan antara pemimpin yang ada kes di mahkamah dengan mereka yang tidak ada kes di mahkamah.

Adakah itu sebabnya berlaku selective prosecution? Najib-Zahid sahaja didakwa yang lain tidak supaya UMNO senang dipecahkan.

Kalau itu game plan Mahathir-Daim-Kadir, PH tidak akan berjaya kerana kerjasama UMNO-PAS mengatasi segala-galanya. Zahid sudah menegaskan ta’awun siyasi adalah keutamaan terutama untuk menumbangkan PH.

Apatah lagi rakyat sudah tidak ada “selera” dengan Kerajaan PH.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts