PEMUDA PAS SELANGOR MULAKAN LANGKAH MEMPERTEMUKAN PIMPINAN PEMUDA PARTI BUKAN KERAJAAN

349
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Pemuda PAS Selangor mengorak langkah untuk terus memperkasakan suara anak muda dalam parti bukan kerajaan menerusi konsep taawun apabila mengadakan pertemuan antara Ketua-ketua Pemuda dari parti bukan kerajaan Selangor pada jam 11.30 tengahari tadi.

2. Pertemuan bersejarah tersebut yang diadakan di Restoran Mohd Chan Dataran Ara Damansara dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hanafi bin Zulkapli serta Ketua Pemuda UMNO Selangor YB Tuan Hj Rizam bin Hj Ismail, Ketua Pemuda IKATAN Selangor, Sdr Aifaa Zaifan Bagauddin bin Abdul Aziz dan juga Pemuda MIC Selangor, Sritheran Renganathan.

3. Usaha yang diambil ini oleh Pemuda PAS Selangor dalam mengadakan pertemuan ini menjadi bukti pendekatan politik yang dibawa oleh PAS iaitu Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) dalam menerajui kesatuan suara ummah serta rakyat yang berbilang kaum di Malaysia serta di negeri Selangor khususnya.

4. Selain keteguhan permuafakatan yang diteruskan dengan IKATAN serta keutuhan kerjasama dengan UMNO, Pemuda PAS Selangor akan terus mengorak langkah bagi memperluaskan skop kerja mendekati masyarakat yang bukan Melayu-Islam dengan penglibatan dari wakil MIC dalam pertemuan bersejarah ini.

5. Pertemuan ini membincangkan perkara-perkara yang mencapai bersama antara parti bukan kerajaan di Selangor dalam agenda ummah dan kestabilan politik dalam menghadapi suasana pasca PRU-14 di bawah kerajaan PH yang penuh dengan kepincangan.

6. Diharapkan banyak lagi pertemuan dan aktiviti yang akan diadakan bersama antara parti-parti bukan kerajaan ini bagi memastikan agenda besar antara Gagasan Sejahtera dan Penyatuan Ummah dapat terus dirangka dan dijayakan.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

16 ZuKaedah 1440H / 19 Julai 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts