LAPOR KERANA KEWAJIPAN MEMBELA RASULULLAH SAW

2.9k
SHARES
3.5k
VIEWS

Dengan berpegang kepada hadith Sahih al-Bukhari no.14, terjemahannya:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Demi Dzat yang jiwa-ku berada dalam genggaman-NYA (kekuasaan-NYA), salah seorang di antara kamu tidak beriman sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya.”

Maka adalah WAJIB atas sekalian muslimin dan muslimat membela Baginda Rasulullah SAW apabila dihina dan diperlekehkan oleh mereka yang tidak bermaruah tambah lagi jika ia datang dari tangan-tangan keji golongan kafir yang tidak pernah diam sebagaimana telah termaktub di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120, Allah SWT berfirman:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti ‘millah’ mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi kamu.”

Justeru, saya Haji Rashidi Haris selaku Ketua Media NGO MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA terpanggil membuat laporan polis di IPD Dang Wangi pada hari ini, tarikh 23 Julai 2019, jam lebih kurang 2.30 petang, bersama rakan-rakan UMMAH yang lain terhadap penama Facebook, Wendy Loong yang telah memaparkan karikatur berupa gambaran Nabi Muhammad SAW (lampiran poster) sedang meliwat dan ditular secara meluas di laman Facebook.

Karikatur tersebut amat jelas bermaksud dengan niat mahu menghina agama Islam khususnya Nabi Muhammad SAW dan mencabar kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana telah termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

MUAFAKAT menuntut kerajaan supaya menangani segera perlakuan melampau ini, dan wajib dihukum pelaku biadab tersebut dengan hukuman yang keras lagi tegas sebagai pengajaran kepada yang lain agar jangan ada lagi sesiapapun yang berani membangkitkan isu sensitiviti agama khususnya agama Islam yang merupakan anutan majoriti penduduk di Malaysia.

Saya bimbang apabila perkara ini dibiarkan dan dianggap remeh berkemungkinan ia boleh mencetuskan rasa ketidakselesaan suatu pihak dan boleh mendorong kepada keganasan antara agama dan kaum di negara ini. Dan perkara ini perlu dihindari daripada bersarang di dalam hati rakyat majmuk di negara ini.

Saya juga mengesyaki perbuatan ini bagaikan didalangi oleh kelompok ahli politik yang berkepentingan peribadi terhadap orang Melayu Islam, ini berdasarkan kepada peristiwa – menghina agama Islam – dilihat berurutan seperti sengaja diulangi bagi menutup agenda yang lebih besar di sebaliknya (divert/distract attention).

Selama ini, umat Islam Melayu tidak pernah sekalipun menyentuh atau menghina anutan agama lain demi menjaga perpaduan dan keharmonian berbilang penduduk majmuk dalam negara.

Justeru saya menggesa tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang biadab ini kerana Islam melarang keras umatnya menghina anutan agama lain sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(Surah Al-An’am: ayat.108)

Sebagai pesanan kepada umat Islam, bukankah membela Rasulullah SAW itu lebih utama daripada yang lain, kerana Baginda SAW adalah tumpuan utama di akhirat untuk mendapatkan SYAFAAT kelak. Bukannya tokoh politik songsang dan sesat yang berkepentingan peribadi mengejar habuan dunia.

Anas Radhiyallahu ‘Anhu berkata, “Nabi SAW bersabda, “Salah seorang di antaramu tidak beriman sehingga AKU (Rasulullah SAW) lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya, dan semua manusia.” (Hadith Sahih al-Bukhari no.15)

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts