RESPONS BALAS TERHADAP KENYATAAN MENTERI, FIKIRKAN 2 SOLUSI

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Pemuda PAS Selangor menyifatkan kenyataan berhubung isu air di Selangor oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak serius.

Ia berikutan respons beliau mengenai isu gangguan bekalan air dan pencemaran dengan berkata :

“But then what you want us to do?”[1]

Jika begitulah respons seorang menteri yang bertanggungjawab berhubung isu yang berada di bawah skop kerja dan tanggungjawabnya, maka apa guna rakyat menyerahkan mandat untuk kerajaan sekarang berkuasa?

Sewajarnya beliau memberikan respons yang lebih bertanggungjawab bagi menampakkan kesungguhan usaha dan perancangan dalam mengatasi masalah ini.

Isu gangguan air di Selangor yang kerap sepatutnya menjadi perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan negeri Selangor serta kementerian berkaitan hal ini di peringkat Persekutuan.

Isu gangguan air di Selangor yang tidak berkesudahan hanya mengundang bebanan rakyat.

Fokus isu gangguan air ini, Pemuda PAS Selangor menyelami perasaan rakyat bahawa perlunya kepada dua solusi:

1. Solusi jangka pendek: di saat berlaku krisis air, kerajaan perlu sediakan air bekalan sokongan yang mencukupi dengan mengambil kira faktor kanak-kanak bersekolah, kedai perniagaan yang menggunakan air seperti dobi serta lain-lain. Di samping itu, kerajaan juga perlu memikirkan inisiatif jika berlaku kerugian kesan krisis air bagi meringankan bebanan kerugian.

2. Solusi jangka panjang iaitu penyelesaian krisis air secara total. PH perlu berlapang dada dengan mengadakan perbincangan serius yang melibat pelbagai pihak seperti kalangan parti pembangkang, pakar dan juga mantan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini sebagai tanda keseriusan di pihak kerajaan. Keterlibatan dari pelbagai pihak amatlah penting agar isu air tidak dijadikan politik yang dimonopoli oleh pihak kerajaan PH yang akhirnya memberikan kesan negatif ke atas rakyat.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

22 ZuKaedah 1440H / 25 Julai 2019

Facebook: https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter: https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram: https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

…………………
Nota hujung:

[1] https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/07/20/odour-pollution-quite-common-in-selangor-says-minister/1773270

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts