Konsep kedaulatan undang-undang seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya di mahkamah dipegang kukuh oleh calon Majlis Tertinggi (MT) Umno Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau yang bertugas sebelum ini di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA sebagai Pengarah Komunikasi berkata, beliau akan kekal mempertahankan Datuk Seri Najib Razak sehingga mantan Perdana Menteri itu didapati benar-benar bersalah.
“Semasa bersama kerajaan dulu, waktu itu kita percaya Datuk Seri Najib tak bersalah. Atas dasar itu kita mempertahankannya sebab dia dituduh tanpa bukti.”
“Kalau tiba-tiba sekarang kita kata tidak yakin, sepatutnya kita perlu cakap dari dulu lagi yang tidak yakin. Bukan semasa kita tidak lagi menjadi kerajaan.”
“Kita kena berpegang pada kebenaran. Najib tidak bersalah kerana tak ada bukti, itu fakta,” katanya kepada Malaysiakini.
Inilah pendirian yang sewajarnya dipegang oleh semua ahli terutamanya pemimpin UMNO. Bukannya tiba-tiba membuat u-turn yang sebenarnya hanya ingin membela diri sendiri dan menampakkan diri kononnya tiada kena mengena dengan kejatuhan Barisan Nasional, dengan pelbagai alasan kononnya tidak menegur kepimpinan, tidak meminta penjelasan tentang 1MDB, menyesal tidak beritahu hasrat sebenar ahli akar umbi dan pelbagai lagi ‘alasan klise pasca PRU-14’
Lihatlah jawapan elegen bekas ketua cybertrooper UMNO iaitu Tun Faisal. Ini baru steady!