PAS SELANGOR PERTAHANKAN MENTERI BESAR SELANGOR DAN KEHARMONIAN NEGERI

359
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

YB Dato Ahmad Yunus Hairi

Pesuruhjaya PAS Selangor

PAS Selangor mengambil sikap mempertahankan kedudukan YB Menteri Besar Selangor jika ada cubaan untuk meminta MB Selangor itu berundur dari kerusinya atas isu-isu yang berlaku dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini.

Pendirian ini dinyatakan bersama dengan UMNO Selangor yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang merupakan rakan sejawat Datuk Hj. Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan selepas mengadakan mesyuarat di Bangunan UMNO Selangor.

Pendirian ini dibuat mengambil kira keperluan utama ketika ini untuk mendahului kepentingan rakyat dari yang lain.

PAS tidak mahu tindakan politik seperti “Langkah Kajang” berulang kembali di Selangor semata-mata untuk memenuhi nafsu politik setengah pihak.

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

7 Zulhijjah 1440H | 8 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts