PUTRA MENYANGGAH SARANAN RAFIDAH AZIZ

101
SHARES
325
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PARTI PUTRA

Bekas Menteri, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyatakan secara peribadi kepada Menteri Pendidikan dan tidak bersetuju dengan pembelajaran seni khat jawi dalam pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah adalah tidak wajar dan memalukan diri sendiri.

Biro Pendidikan PUTRA Malaysia berpendapat bahawa setiap pelajar atau murid yang belajar di mana-mana sekolah di negara ini perlu mempelajari dan mengetahui berbagai bahasa dan tulisan.

Cadangan dan pendapat Tan Sri Rafidah ini bercanggahan dengan konsep pembelajaran di luar kotak yang perlu diserapkan kepada setiap pelajar di peringkat sekolah rendah.

Pembelajaran dalam Seni Khat ini adalah salah satu aktiviti atau program yang perlu diserapkan di dalam subjek Bahasa Melayu dan ini adalah salah satu cara pendidikan untuk pelajar Melayu atau bukan Melayu mengenali dan menjadikan Tulisan Khat ini sebagai satu subjek kokurikulum.

Biro Pendidikan Putra menganggap Tan Sri Rafidah mahu mendapatkan sokongan murahan daripada kaum yang menentang dan ingin menempah nama kembali di dalam arena politiknya dan ingin menunjukkan bahawa pendapat dan pandangannya masih relevan di mata Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan hari ini.

Inilah masalahnya apabila Melayu atau orang Islam sendiri yang menjadi penghalang kepada usaha memartabatkan sesuatu yang memberi faedah kepada sistem Pendidikan Nasional.

Bila kaum tertentu menuntut pelbagai perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan atau syariat Islam, maka mulut yag luas diam seribu bahasa dan terkunci.

Malangnya nasib bangsaku orang Melayu dimamah bangsa sendiri.

Pendapat mantan Menteri ini di dalam ucapannya di Yayasan Kepemimpinan Perdana di Putrajaya nampak nyata dan jelas bahawa Tan Sri Rafidah ingin menunjukkan bahawasanya tulisan Khat Jawi ini di peringkat sekolah rendah adalah tidak relevan, disanggah bukan sahaja oleh Biro Pendidikan PARTI PUTRA Malaysia tetapi dari pelbagai golongan cendekiawan, NGO dan majoriti rakyat Malaysia.

Malah ada tokoh-tokoh akademik bukan Melayu menyokong pembelajaran seni Khat Jawi di peringkat sekolah rendah.

Melayu minoriti memalukan Melayu.

Maka diseru kepada rakyat dan bangsa Melayu di tanahair ini agar bangun dan bangkit untuk menyatakan kepada seluruh bangsa yang berada di dalam negara ini agar jangan sesekali mempersendakan tulisan Jawi dan Khat kerana ini adalah pusaka peninggalan nenek moyang kami.

Kenyataan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rafidah ini adalah merupakan retorik politiknya. Pesan dari seluruh rakyat Malaysia bahawa Tan Sri Rafidah agar lebih menumpukan kepada ibadah dengan Tuhan dan bukan mengkritik tulisan Jawi atau Khat.

Didiklah keluarga dan cerminlah diri itu terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan murahan.

Dr. Aluwi Sari

Pengurusi Biro Pendidikan

Merangkap ADT PUTRA.

8 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts