ISU TULISAN CINA: BUKTI DAP MASIH “PARTI CINA PEKAT”

509
SHARES
3k
VIEWS

Tatkala kita menyambut Maal Hijrah semalam, DAP ‘bekerja keras’ pada waktu cuti umum itu dengan menaikkan tulisan Cina di papan-papan tanda di sekitar Kuching, Sarawak.

Selain ia satu provokasi yang melampau melalui apa yang disifatkan pelbagai pihak sebagai vandalisme, saya kira ini satu hipokrasi yang nyata.

Lihat sahaja bagaimana mereka menentang tulisan Jawi sampaikan berani membawa isu papan tanda bertulisan Jawi ke mahkamah, yang mana usaha memartabatkan tulisan Jawi di papan-papan tanda di negeri Pahang dimulakan oleh pihak Istana sendiri.

Kini, mereka menampal nama-nama jalan dalam tulisan Cina di papan-papan tanda tanpa izin di Sarawak. Ini bukan perkara baru kerana mereka juga berbuat perkara yang sama di Pulau Pinang. Cuma bezanya ialah, mereka adalah kerajaan di Pulau Pinang dan mereka boleh ‘menghalalkan’ tindakan tersebut.

Apa yang lebih biadap ialah pemimpin mereka sendiri mempertahankan tindakan tersebut kononnya mahu “mengembalikan tulisan Cina yang hilang”. Ironinya, kaum-kaum asal di sana tidakpun menuntut agar mahu meletakkan bahasa masing-masing pada papan tanda. Pastinya kerana mereka bangga dengan bahasa kebangsaan dan faham bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa untuk semua. Tindakan DAP ini “lebih sudu daripada kuah”. 

Ini satu lagi bukti hipokrasi dasar perjuangan DAP yang kononnya untuk semua kaum atas retorik ‘Malaysian Malaysia’. Tindakan spontan DAP ini membuktikan mereka masih lagi sebuah “parti Cina yang pekat” dan tidak pernah berubah sejak penubuhannya. Kemasukan kaum-kaum lain ke dalam DAP pun tidak dapat mengubahnya. Lihatlah peristiwa ini sebagai bukti.

Jika papan tandapun perlu ‘terjemahan’ tulisan Cina, maka ini adalah sangat menyedihkan. Lebih menyedihkan lagi, ialah pemimpin-pemimpin politik sendiri menggalakkannyya.

Saya menyeru agar anak-anak Bumiputera khususnya di Sarawak agar tidak lagi ditipu dengan retorik-retorik DAP lagi. Pernahkah mereka memperjuangkan hak-hak anda sepanjang menjadi wakil rakyat anda? Tidakkah sedar yang mereka hanya memperjuangkan hak kaum mereka sahaja?

Anak-anak Bumiputera jangan lupa yang mereka memang mahu hapuskan dasar hak Bumiputera sejak dulu lagi, seperti yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 dan mereka konsisten sampai sekarang!

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

21 Ogos 2020

Rujuk;

https://malaysiagazette.com/2020/08/20/tambah-tulisan-cina-pada-papan-tanda-jalan-pemuda-dap-biadab/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/08/20/chinese-characters-removed-from-road-signs-says-kuching-dap-youth/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts