SPRM PERLU SIASAT TUDUHAN TERHADAP PRASARANA

528
SHARES
3.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

11 Febuari 2021 | 29 Jamadilakhir 1442H

1. Merujuk kepada portal Malaysiakini  di pautan; https://m.malaysiakini.com/news/557214, rumusan daripada artikel ini ialah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan cubaan melantik subkontraktor baru bagi projek LRT3 yang kini sedang berjalan, kata bekas menteri, Rafidah Aziz.

Mengulas laporan mengenai tindakan pemilik projek LRT3, Prasarana Malaysia Bhd menahan bayaran kepada kontraktor ‘turnkey’ MRCB-George Kent, Rafidah berkata tuduhan berkenaan, termasuk terhadap pengerusi syarikat Tajuddin Abdul Rahman mesti disiasat kerana isu itu melibatkan dana awam. Sebelum ini Wira PUTRA juga menggesa agar pihak SPRM menyiasat isu melibatkan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melalui portal Suara Merdeka, Rujuk pautan; https://suaramerdeka.com.my/wira-putra-gesa-mof-jawab-isu-prasarana/.

2. Di sini, PUTRA bersetuju dengan Tan Sri Rafidah Aziz, bahawa pihak SPRM sepatutnya sudah memulakan siasatan terhadap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman apabila akhbar The Edge telah mendedahkan salah guna kuasa beliau. Akan tetapi masih tiada lagi tindakan daripada SPRM. Pihak SPRM perlu bertindak tegas dalam hal ini kerana Prasarana adalah milik penuh Kementerian Kewangan dan ini secara tidak langsung melibatkan hak rakyat. Tuduhan salah guna kuasa oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan menahan pembayaran kontraktor ‘turnkey’ ini adalah tuduhan yang amat berat yang sepatutnya segera disiasat. 

3. Oleh itu PUTRA mendesak agar SPRM menyiasat tuduhan ini agar rakyat mengetahui kedudukan sebenar Prasarana sama ada ia berada dalam kedudukan kewangan yang baik ataupun sebaliknya. Ini kerana ia melibatkan pembayaran kepada kontraktor ‘turnkey’ dan secara tidak langsung melibatkan banyak syarikat yang lain.

Sekian.

Ashraf Bin Rosli

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts