DAP SENTIASA MENANG – PUAD

664
SHARES
2.6k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

12 Ogos 2019

Semalam Lim Kit Siang buat kenyataan, DAP akan kalah kalau PRU diadakah sekarang. Ia ekoran kejadian kena ‘boo’ di Iskandar Puteri.

Itu cakap beliau. Sebenarnya ia ugutan kepada Tun M, iaitu PH akan kehilangan sokongan orang Cina kalau tidak ikut cakap DAP. 

Isu tulisan Khat, DAP menang.

Isu pindaan Enakmen Agama Islam Selangor, DAP menang.

Isu jawatan Menteri Kewangan, DAP juga menang.

TS Muhyiddin mahukan jawatan tersebut.

Tetapi Pengerusi PPBM tidak bagi kepada Presiden PPBM.

Hebat DAP.

Percayalah, DAP juga akan menang dalam isu penyambungan permit Loji Lynas.

Permit Lynas tamat pada 2 September ini.

DAP bantah ia disambung semula.

Sebenarnya sokongan orang Cina kepada DAP tidak berubah.

DAP akan dapat 95% sokongan orang Cina kerana DAP bermain dengan isu kaum dan perkauman.

Masalahnya pemimpin Melayu dalam PH terlajak dayus.

Kalau Malaysia Baru bermaksud perpaduan, apa salahnya belajar Khat dan Jawi untuk berkongsi tamadun?

Kini MOF seperti dipasang tembok besar Cina.

Perdana Menteripun tidak boleh tembus.

DAP menang lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts