ASKAR KITA HANYA TIDUR DAN MAKAN: KOON YEW YIN KURANG AJAR

186
SHARES
599
VIEWS

1. Saya membaca tulisan seorang taikun besar yang pernah mengaku menderma kepada Pakatan Harapan, Koon Yew Yin berhubung cadangannya agar perkhidmatan awam dikecilkan dan tentera dikerah untuk bekerja di FELDA bagi menggantikan pekerja asing.

2. Bagi berlaku adil, pembaca boleh meneliti sendiri tulisannya di alamat: https://klse.i3investor.com/blogs/koonyewyinblog/219043.jsp di mana individu ini menulis antara lain;

“As you know, the arm forces personals are doing nothing except eating and sleeping. In fact, almost all of them have never fired a shot except at target practice. Some of them should replace the foreign workers in the FELDA plantations…”

3. Askar kita hanya tidur dan makan? Menembak pula tidak tepat di sasaran? Alangkah hinanya kerjaya seorang tentera di mata seorang taikun besar ini. Sedarkah kamu bahawa perkhidmatan tentera di Malaysia adalah antara yang terkecil di rantau ini?

Malaysia hanya mempunyai bilangan tentera aktif 4.2 orang berbanding1000 penduduk berbanding Singapura yang mempunyai tentera aktif 15.6 orang berbanding 1000 orang penduduk. Usah bandingkan dengan Israel yang nisbah tenteranya ialah 24.4 orang berbanding 1000 orang penduduk. Thailand pula sedikit ramai berbanding Malaysia dengan bilangan 4.6 orang berbanding 1000 penduduk.

4. Orang seperti Koon Yew Yin ini sebenarnya semakin berani pada era ini kerana menyedari ada payung besar sedang melindungi. Jangan dilupa pengakuan dia sendiri dalam tulisannya;

“I also have been physically and financially supporting DAP and Parti Amanah for many years. I also have been campaigning for the opposition in the last 2 general elections. As a result of these publicities, the previous Attorney General had branded me as a persona non grata. Three Income Tax officers from Kuala Lumpur raided my house and took away some files. The AG also instructed the Maybank Investment Senior Manager to withdraw the Rm 40 million margin facilities each for my wife and myself…”

Boleh rujuk tulisannya ini di;

https://klse.i3investor.com/blogs/koonyewyinblog/157668.jsp

5. Andaikata tulisan ini satu fitnah, Peguam Negara dengan mudah boleh mengenakan tindakan kepada beliau. Namun, begitulah era Malaysia pada hari ini. Kebiadapan dan kesalahan boleh ‘disihir’ untuk menjadi apa saja.

6. Saya berpandangan, orang seperti ini hanya layak dilucutkan kewarganeraannya, hantar sahaja ke mana-mana benua yang sanggup menerima, tidak rugi Malaysia hilang manusia seperti ini.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Fadhli Shaari

Ahli Parlimen Pasir Mas

13 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts