PAS akan terus menghidupkan pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).
Saya berkesempatan bertemu dengan Saudara Lim Siong Leong. Isu beliau menjadi tular kerana membuat hantaran gambar Presiden PAS dan Presiden MCA berpelukan.
Beliau menyatakan permohonan maaf di atas hantaran yang tidak disengajakan dan tidak berniat jahat.
Hakikatnya, PAS menerima permohonan maaf tersebut dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menjalinkan tautan persaudaran sesama kaum dan merapatkan jurang perbezaan sesama kita.
Semoga hubungan kaum di Malaysia akan lebih harmoni dan sejahtera.
Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi
Pesuruhjaya PAS Selangor
https://www.facebook.com/Dr.AhmadYunusHairi/posts/1263804233822311