HADI ENGGAN ULAS ISU MEMALI

346
SHARES
2k
VIEWS

Presiden PAS Haji Hadi hanya mendiamkan diri apabila ditanya dalam isu tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985, sehingga meragut 18 nyawa, empat darinya anggota polis. Baki empat belas yang terbunuh merupakan orang awam termasuklah Allahyarham Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya. 

Hadi hanya menjawab ringkas iaitu dengan berkata “ia di luar format”, merujuk kepada keberadaannya dalam program Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu bersama Tun Mahathir Mohamad. 

Sebagai rekod, tragedi Memali bermula apabila berlaku perselisihan antara Ibrahim dan penyokong-penyokong PAS dengan anggota polis di perkarangan rumahnya. Ketegangan yang tercetus telah menyebabkan lapan belas kematian direkodkan. Ketika kejadian, Tun Mahathir ialah Perdana Menteri, menyalahkan “Amanat Haji Hadi” sebagai punca keganasan berlaku sehingga menyebabkan peristiwa hitam Memali. 

PAS pula mendakwa operasi yang dilancarkan pihak keselamatan ketika itu bermotifkan politik apabila pengaruh Ibrahim semakin meluas dalam kalangan pengikut-pengikut PAS. Malah mereka yang terbunuh turut dianggap sebagai mati syahid oleh parti itu. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts