JANGAN TERPEDAYA PERANGKAP MAHATHIR – DAP YANG HIDUP DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN

1.7k
SHARES
7.1k
VIEWS

Sahabat-sahabat seperjuangan…. sejak akhir-akhir ini saya melihat makin ramai mula termakan umpan sandiwara Mahathir dan DAP.

Masih ada tidak sedar Mahathir dan DAP kini sedang menyemarakkan api kebencian orang Melayu terhadap bukan Melayu bagi keuntungan Pakatan Harapan.

Misi utama Mahathir sekarang, melalui cara apapun, yang penting, kerusi Perdana Menteri terus kekal di tangan PPBM dan tidak jatuh ke tangan Anwar Ibrahim.

Namun, pelbagai helah dan sogokan yang beliau berikan masih belum mampu mengoyahkan gawang UMNO sepenuhnya.

Mahathir belum berjaya mendapat lebih 112 kerusi walaupun pelbagai cara telah beliau cuba lakukan untuk memperdaya MP-MP kita dengan angan-angan untuk membentuk KERAJAAN MELAYU PERTAMA.

Itu sebab Mahathir melontarkan idea mahu mewajibkan tulisan Jawi termasuk di sekolah Cina dan Tamil. Saya yakin ramai cerdik pandai Melayu boleh membaca agenda tersirat Mahathir -DAP ini.

Zaman beliau PM dahulupun tulisan Jawi lenyap di sekolah kebangsaan, tidak pernah sekalipun dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, beliau pernah serius ingin mewajibkan tulisan Jawi semula.

Kenapa kini tiba-tiba beliau mahu mewajibkannya hingga ke sekolah Cina dan Tamil? Takkan kita tidak boleh baca kenapa tiba-tiba Mahathir yang terkenal dengan penghinaan beliau terhadap Hudud dan Islam, berubah wajah menjadi pembela Dr Zakir Naik dan tulisan Jawi?

Anda masih tidak boleh nampak sandiwara Mahathir – DAP ini?

Maka, sewajarnya semua rakyat Malaysia TANAM DALAM KEPALA KALIAN, INI SEMUA SANDIWARA MAHATHIR UNTUK KEKAL BERKUASA!

Kita boleh teruskan mengecam dan marah kepada DAP atas kebiadapan mereka. Namun, jangan sesekali terpedaya atau terkagum dengan lakonan ketegasan Mahathir terhadap DAP dan Dong Zhong serta ketegasan beliau mempertahan Dr Zakir Naik.

Kalau kita masuk perangkap Mahathir, terutamanya Ahli-Ahli Parlimen Melayu kita, maka bersedialah untuk tanggung derita melihat tekanan terhadap Islam, kedudukan istimewa Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Raja-Raja Melayu terus dilakukan oleh DAP dan kuncu-kuncunya.

Lim Kit Siang tahu makin kurang ajar DAP terhadap orang Melayu, makin kukuh sokongan mereka dari bangsa Cina dan India yang menolak tulisan Khat yang mahu diwajibkan ke atas sekolah Cina dan Tamil serta masyarakat India yang menuntut Dr Zakir Naik diekstradisi.

Ingat! Isu Khat dan Isu Dr Zakir Naik dicetus oleh MAHATHIR untuk tarik sokongan Melayu dan supaya DAP berjaya memperkukuh sokongan bukan Melayu yang mula menolak DAP terutamanya atas kegagalan mereka mentadbir ekonomi negara dan menunaikan janji sebelum pilihan raya.

Yang sambut beria-ia isu ini ialah bangsa DAP, kerana mereka tahu jika Mahathir berjaya tarik seramai mungkin MP-MP Melayu, Pakatan Harapan akan peroleh majoriti 2/3.

Yang akan untung tetap DAP kerana mereka boleh menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan bangsa DAP.

Kalau MP DAP 42 orangpun hak kita musnah dan kita boleh lihat betapa besar kepala mereka, cuba bayangkan jika mereka punyai lagi 30-50 kerusi?

Ya, memang DAP menyokong Anwar sekarang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sedarlah…. Bangsa DAP ini hanya memikirkan akan kepentingan mereka.

Sebaik sahaja ada MP kita dan MP PKR pro Azmin menyertai PPBM dan PPBM menjadi pemegang kerusi terbesar di dalam Pakatan Harapan, DAP dan PKR akan akur kerusi PM perlu terus kekal di tangan PPBM walaupun setelah Mahathir mati.

Adakah anda fikir DAP sanggup kehilangan kerusi Menteri Kewangan dan Kementerian strategik lain? Dan adakah anda fikir DAP bodoh untuk melepaskan peluang memperolehi 30-50 kerusi tambahan yang terpaksa Mahathir berikan demi memastikan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-15?

DAP tidak akan terus mempertahankan Anwar sekiranya apa yang mereka sudah perolehi bakal hilang atau mereka mempunyai peluang meragut lebih banyak keuntungan bila beralih arah menyokong Mahathir.

Orang Melayu dan Bumiputera perlu ingat dan tanam dalam fikiran anak dan cucu mereka dari sekarang, PUNCA MELAYU DAN PERIBUMI JADI BANGSAT HARI INI IALAH KERANA PENGKHIANATAN ORANG MELAYU YANG MENYOKONG KERJASAMA MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG!

Tanpa Mahathir, 20 tahun DAP dan PKR gagal mendapat kuasa. APA PERLU KITA BERI OKSIGEN KEPADA HAYAT POLITIK DIKTATOR YANG SUDAH HAMPIR MATI INI?

Teruskan memberi tekanan kepada Mahathir dan Pakatan Harapan, biar mereka berperang sesama mereka sehingga PKR dan DAP berhenti bekerjasama dengan PPBM.

Tekan sehingga Mahathir terpaksa membubarkan Parlimen, jangan pula sehingga kita terberi nyawa kepada saka yang menunggu ajal ini.

Dato Lokman Noor Bin Adam

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts