MUAFAKAT MENYOKONG MUFTI SELANGOR MENOLAK SIS

402
SHARES
2.2k
VIEWS

MUAFAKAT menyokong penuh kenyataan media Jabatan Mufti Selangor. NGOi perlu pelbagaikan pendekatan untuk menerangkan kepada umat Islam tentang bahaya fahaman liberalisme dan pluralisme supaya mereka terhindar daripada terpengaruh dengan fahaman tersebut. MUAFAKAT sedia membantu dari aspek bahan-bahan rujukan dan pakar bidang apa-apa yang berkaitan, khusus dalam bab akidah.

MUAFAKAT juga mendesak supaya diambil tindakan segera kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi keputusan mahkamah dan Majlis Fatwa.

Bagi MUAFAKAT, Mahkamah Syariah mesti kekal bebas sebagai mahkamah mutlak untuk kes-kes syariah tanpa campur tangan Mahkamah Sivil seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, adalah menjadi kewajiban bahawa semua pihak terutama selaku warganegara wajib menghormati Majlis Agama Islam Negeri dan Kuasa Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Negeri dan DYMM YDP Agong selaku Ketua Agama bagi Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Inilah kefahaman Rule of Law yang dituntut.

Tuan Mahmud Hishamuddin

Setiausaha Agong MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts