JANGAN PISAH-PISAHKAN ANAK-ANAK MALAYSIA – RAZLAN RAFII

410
SHARES
2.3k
VIEWS

Saya ada mendengar pandangan Pemangku Raja Johor yang mahukan sekolah satu aliran diwujudkan. Pandangan ini adalah satu pandangan selama ini ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.

Malaysia sudah lama dipecah-pecahkan oleh sistem pendidikan, sekira Malaysia mengikut semangat Perlembagaan, sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini seharusnya sudah lama lenyap.

Selagi kepimpinan Kerajaan Pusat takut hilang pengaruh, khuatir dengan kehilangan sokongan kaum-kaum, selagi itu rakyat Malaysia tidak akan mempunyai semangat kebangsaan yang jitu.

Saya cadangkan Kerajaan Pusat untuk beri Autonomi Pendidikan kepada Negeri Johor, beri Johor dana dan kuasa untuk melaksanakan Pendidikan Satu Sekolah, lihat keputusan, dan ia boleh dilaksanakan secara berperingkat.

Jangan kita biarkan anak-anak Malaysia dipisah-pisahkan lagi hanya kerana ada segelintir ahli politik yang tidak mahu melihat Bangsa Malaysia di bawah satu bumbung.

Tentangan dari pelbagai pihak sudah pasti, namun kerajaan harus mempunyai keberanian untuk melaksanakan perkara ini.

Sudah masanya kita membina semula negara ini, tidak ada guna Malaysia Baru sekira masalah antara etnik di Malaysia masih menebal.

Semasa Perdana Menteri memberi komen bahawa Dong Zong adalah antara persatuan yang menghalang Sekolah Wawasan dan sentimen ini telah membelenggu Malaysia, ia menunjukkan keperluan sekolah untuk semua amat diperlukan.

Dalam keadaan negara menghadapi krisis kaum, kerajaan perlu lebih berani untuk mengambil langkah penyatuan untuk merapatkan semula hubungan kaum, titik persamaan yang paling baik adalah melalui sistem pendidikan.

Datuk Razlan Rafii

MKT UMNO

4 Sep 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts