PERPADUAN UMMAH, ADAKAH IA PERMAINAN POLITIK UMNO DAN PAS ATAU SATU PENYATUAN 2 PARTI ISLAM/ MELAYU TERBESAR NEGARA?

247
SHARES
731
VIEWS

Lim Guan Eng pernah kata, penyatuan antara parti UMNO dengan PAS ini adalah umpama untuk isytihar perang antara orang-orang Islam dengan bukan Islam.

Nga Kor Meng pula pernah kata, Penyatuan Ummah antara UMNO dengan PAS ini umpama Gerakan Kumpulan Teroris Taliban.

Dr. Mahathir kata, Penyatuan Ummah ini tidak bagus untuk negara kerana ia akan menyemarakkan persoalan perkauman dalam sebuah negara yang berbilang bangsa.

UMNO dan PAS dikatakan bermain politik, bermain isu perkauman demi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.

Maka kerana itu jugalah, Pakatan Harapan meluluskan (di Dewan Rakyat) agar remaja berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi pengundi secara automatik.

Ini bertujuan untuk memikat pengundi-pengundi muda dan remaja, yang secara tradisinya menyokong mereka (PH).

KESIMPULANNYA:

Apa kesimpulan yang kita dapat dari pemerintahan Pakatan Harapan ini? 

PH berkuasa mulai 10 Mei 2018.

Membentuk satu Kabinet Jemaah Menteri yang paling tidak mempunyai pengalaman, kecuali PM Dr. Mahathir dan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Kebanyakan Menteri yang dilantik rata-rata mempunyai pengalaman sebagai pembangkang, selama antara 10 hingga 15 tahun.

Menteri-Menteri kebanyakannya tiada kredibiliti, tipu ijazah. Tipu kelayakan profesional sebagai akauntan.

PALING PENTING:

Sekarang kita sedar sebenarnya Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri tidak boleh control (mengawal) Menteri-Menteri DAP.

Mereka lebih berkuasa daripada PM Dr. Mahathir.

Hendak rombak Kabinetpun tidak boleh. Tiada kemampuan.

Mana ada dalam sejarah Dr. Mahathir selama 22 tahun jadi PM sebelum ini, hendak rombak Kabinet tanya orang lain dahulu.

Dan hendak rombak Kabinet tidak boleh kerana tiada Menteri yang hendak berhenti.

Mana ada dalam sejarah negara lantik Menteri Belia dan Sukan paling muda kerana 2 perkara.

Satu, kerana Syed Saddiq kawan rapat cucu perempuan Perdana Menteri.

Kedua, untuk memadamkan rekod Najib Razak sebagai Menteri termuda yang dilantik ke dalam Kabinet.

DENDAM KESUMAT.

TIDAK SEDAR DIRI.

NEGARA HANCUR.

SIARAN ULANGAN VIDEO ANWAR IBRAHIM DAN TSMY:

Anwar kata:

Kita memerintah negara ini, esok minyak turun RM1.50 seliter.

Tarif harga elektrik, 2 minggu kita memerintah akan turun.

TSMY kata:

DAP adalah merupakan satu parti yang Chauvinist dan Racist.

Pernah kita dengar DAP menyokong dasar-dasar perjuangan orang Melayu? 

Pernah kita dengar DAP mendokong Syiar Islam atau membantu orang-orang Melayu yang dalam kesusahan? 

Jawapannya: Tiada.

PENYATUAN UMMAH UMNO DENGAN PAS:

Harus terus dimeterai dengan satu perjanjian persaudaraan sesama Islam.

Jangan peduli dengan kata-kata Dr. Mahathir bahawa dulu PAS pernah panggil orang-orang UMNO kafir.

Dr. Mahathir pernah panggil DAP lebih teruk dari itu. Racist dan sebagainya.
Ingat rakyat lupa.

Rakyat tidak lupa dan rakyat tidak sebodoh itu.

Penyatuan Ummah antara UMNO dan PAS harus dimeterai, dengan satu perjanjian, agar negara ini kekal terus selamat, aman, sejahtera dan kondusif untuk rakyat Malaysia beragama Islam bersama rakan-rakan bukan beragama Islam terus tinggal aman di bumi Malaysia tercinta ini.

Salam.

DSBA

11 September 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts