KANTOI! EXCO JOHOR BELANJA RM1.39 JUTA KE LUAR NEGARA? PENYAMUN BETUL!
Gila apa claim perbelanjaan sampai RM1.39 juta? Betul ke banyak sampai macam tu sekali perbelanjaan yang digunakan? Ini ke yang dikatakan perjuangan untuk rakyat?
Sedap betul kau melancong guna duit rakyat ke sana sini, tak kesian ke dengan rakyat di bawah? Yang setiap hari tertekan dengan cabaran kehidupan demi kelangsungan hidup.
Laporan sulit yang Ops Johor terima ini adalah berkenaan perbelanjaan “lawatan kerja” Adun PKR Bukit Batu keluar negara YB Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan Dan Utiliti bersama Pusat Pelaburan Negeri Johor dari 17 Julai 2018 hingga 30 Oktober 2019
Yang menjadi persoalan di sini, logikkah begitu banyak dan ke mana perginya peranan Menteri Besar Dr Saharuddin Jamal sebagai seorang ketua?
Atau pentadbiran “Pakatan Harapan” hari ini memang tak ada kawalan? Boleh gunakan peruntukan kerajaan negeri sesuka hati?
Gunung kalau dikikis lama-lamapun habis.
Tak perlulah bagi alasan untuk mencari pelabur baru diluar sana, sedangkan pelabur asing yang sedia ada, yang sudah banyak menyumbang kepada hasil kerajaan negeri pun tak dijaga.
Sepatutnya jagalah hubungan dengan mereka, jangan sabotaj dan beri tekanan sampai mereka rugi dan lari!
Kerajaan negeri Johor harus berikan perjelasan terhadap perkara ini. Jangan perbodohkan rakyat!
(Dipetik dari laman Facebook Ops Johor)
https://www.facebook.com/OpsJohor/posts/492571884806950?__xts__[0]=68.ARBTQXNIlRXHRInmfl74YTBRLG_o9c5fv0ngDtDY8keiC6FmwcpJ0CAcVHe35l3XS7dVV9BjUPHgc5FuTJcH08Q3X2fTvlrQ5IaAvr7g0sN-BNcaslyDTQBY-pW7pv3iz2A5z2aPQrF38IjYSzlq9VODiK5BoQtRn-afRhbhH9tJe69pjVynKHfTEhtTssasYBZHqp20mZVaTjHacnUOPN__Omqgk935bmPqISUBlnPZYDViHJkQIM4RQAIMRfEZJ-W14z5Dl-rBujoEvPxEYv4N_4MmZ5AgNWLLLGLPYmrrkZJJpeiL_i3y973yAhigWy1HfC_tjBhD2lnE8TN_mvk&__tn__=-R