PRN: PH, BN PULAU PINANG SETUJU ELAK PERTEMBUNGAN, PASTIKAN MENANG BESAR

336
SHARES
2k
VIEWS

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Pulau Pinang masing-masing mencapai kata sepakat agar tiada pertembungan sesama sendiri di negeri tersebut. Rundingan pertama yang diadakan semalam itu menumpukan kepada 15 kerusi melibatkan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan beberapa persetujuan utama dapat dicapai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kepada pemberita hari ini. Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa kerusi yang dimenangi sebelum ini bakal ditandingi oleh penyandang, namun jika ada formula lain yang lebih baik maka ia akan turut dipertimbangkan.

Sebagai rekod, mesyuarat semalam dihadiri oleh Chow, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi II PH PP Datuk Dr Roslan Ahmad, Setiausaha PH PP Lim Hui Ying, Bendahari PH PP Goh Choon Aik dan Pengarah Komunikasi & Penerangan PH PP Dr Zaidi Zakaria.

Barisan Nasional pula dihadiri oleh Pengerusi Jabatan Pilihan Raya UMNO Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi UMNO PP Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Datuk Dr Shaik Hussein Mydin, Setiausaha Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, Bendahari Datuk Jeffri Salim serta Setiausaha BN PP Datuk Omar Faudzar. 

Apapun, rundingan masih berjalan dan akan diteruskan sehinggalah pembahagian kerusi dimuktamadkan. Apa yang penting, selain tidak bertembung, para calon yang diletakkan mampu menang besar di Pulau Pinang kelak. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts