OPR NAIK LAGI KEPADA 3 PERATUS, PM DIGESA CAMPUR TANGAN

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membuat keputusan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas. Ini menjadikan OPR negara naik kepada tiga peratus dan banyak pihak kini mula meminta campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu tersebut. 

Selain itu, kadar siling dan lantai koridor OPR turut dinaikkan, masing-masing kepada 3.25 dan 2.75 peratus.

Menurut BNM, dengan prospek pertumbuhan domestik kekal berdaya tahan, MPC menilai bahawa adalah tepat pada masanya untuk menormalkan lagi tahap akomodasi kewangan, walaupun ia dilihat semakin membebankan rakyat dalam situasi ekonomi tidak menentu pada hari ini. 

Walaupun MPC berkata ia dilakukan kerana ekonomi Malaysia terus kukuh, mahu mengiktiraf keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari sesuai untuk mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan masa hadapan, namun dikhuatiri tanpa campur tangan Perdana Menteri, rakyat yang berasa tertekan akan mula menghalakan kemarahan mereka kepadanya kerana dilihat langsung tidak mahu menasihati BNM.

Malah, kadar kenaikan gaji rakyat yang tidakpun mengalami pertumbuhan yang baik, disukarkan lagi dengan kenaikan harga barangan yang tidak terselesaikan, kini dengan kadar kenaikan OPR tentunya membuatkan rakyat semakin terbeban.

Jika ketika menjadi ketua pembangkang Anwar boleh menasihati kerajaan agar jangan menaikkan OPR agar tidak membebankan rakyat, apa kata kali ini beliau membantu rakyat yang sudah banyak terkesan dengan lima kali kenaikan sejak tahun lepas. 

Tolonglah dengar kesusahan dan keluhan rakyat wahai Perdana Menteri Malaysia Madani. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts