NAJIB BAKAL JADI REBUTAN? – DR. RAMALAN YUNUS

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Saya pernah menulis untuk mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bahawa Pengampunan DiRaja buat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Pada hemat saya, DS Najib mampu memberikan kestabilan politik dan ini penting bagi Kerajaan Perpaduan tatkala ini. Tanpa kestabilan politik, Kerajaan Perpaduan tidak akan berupaya untuk memulihkan keadaan ekonomi rakyat dan negara ini.

Selain dari menjadi nilai tambah politik kepada Kerajaan Perpaduan, DS Najib juga mampu menarik para pelabur asing ke negara ini. Ketika ini kita sangat memerlukan pelaburan asing (Foreign Direct Investment – FDI) untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi.

Hubungan rapat DS Najib dengan China juga akan memberi kelebihan kepada negara dari segi geo politik dan geo strategi. Ini kerana sebagaimana yang telah diketahui ramai, dunia sedang terbelah dua. Antara yang menyokong Blok NATO yang diketuai oleh Amerika dan Blok BRICS yang dipimpin oleh China dan Rusia.

Sekiranya DS Anwar lambat bertindak dalam isu Pengampunan DiRaja DS Najib, jangan terperanjat sekiranya blok di sebelah sana yang diketuai oleh Tun Mahathir akan berusaha untuk meminang DS Najib.

Dalam real politic, segalanya adalah mungkin. Apatah lagi kalau ia membabitkan Tun Mahathir. Perisytiharan perang terhadap rasuah oleh DS Anwar mengancam empayar kewangan Tun Mahathir dan Tun Daim. Sudah pasti mereka akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan kepentingan masing-masing.

Kalau Tun Mahathir boleh berdamai dengan DS Anwar dan Lim Kit Siang untuk menumbangkan DS Najib pada PRU-14, tidak mustahil beliau akan berkerjasama dengan DS Najib pada kali ini untuk menumbangkan DS Anwar pula.

DS Najib pada waktu ini bukan lagi musuh nombor satu Tun Mahathir dan tidak menjadi ancaman kepada beliau. Beliau juga bukan lagi Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO serta bukan juga seorang Ahli Parlimen Malaysia. Musuh nombor satu Tun Mahathir pada ketika ini adalah DS Anwar Ibrahim.

Ura-ura yang mengatakan bahawa Tun Mahathir akan menyertai PAS seharusnya tidak memeranjatkan para penganalisis politik di Malaysia. PAS lebih sesuai dan lebih strategik untuk dijadikan platform politik utama Tun Mahathir berbanding parti PUTRA.

Percaturan-percaturan seperti ini yang harus difahami oleh para penyokong DS Anwar yang tidak mahu DS Najib diberikan Pengampunan DiRaja. 

Mereka masih begitu naif dengan real politic mungkin kerana terlalu lama menjadi pembangkang atau pemimpin NGO. Mereka tidak tahu atau tidak sedar bahawa pada akhirnya, politic is about survival of the fittest bagi para elit politik.

Dan dalam keadaan darurat ekonomi dan politik seperti yang sedang kita alami pada hari ini, segalanya adalah mungkin dan segalanya adalah harus. Think correctly and act accordingly. Buat apa sahaja yang perlu dibuat dan bukannya buat apa yang kita suka.

Dalam keadaan hutang negara yang sudah berjumlah RM1.5 trilion dan dengan belanjawan defisit selama 25 tahun serta dengan krisis ekonomi global yang masih jauh dari pemulihannya, ordinary measure definitely is not the answer.

Kita perlukan suatu kaedah yang luar biasa untuk menangani suasana yang luar biasa seperti hari ini.

DS Najib wajar diberikan Pengampunan DiRaja kerana beliau jelas telah dinafikan haknya untuk mendapat pembicaraan yang adil. 1MDB hanyalah alat yang dicipta dan direkayasa serta digunakan untuk menumbangkan DS Najib kerana beliau dilihat lebih pro kepada China berbanding Amerika.

Kini segalanya terserah kepada DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hanya beliau yang berhak untuk menasihati YDP Agong dan Majlis Raja-raja Melayu. Manakala saya hanya berupaya untuk terus mengingatkan semua pihak apa yang harus dilakukan dalam suasana seperti hari ini.

Oleh Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis politik & ekonomi bebas

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts