TIMBALAN PRESIDEN MCA MAHU MCA DIBERI PELUANG LETAKKAN CALON DI TG. PIAI

472
SHARES
2.3k
VIEWS

ANTARA REALITI DAN KEBENARAN:

1. Walaupun ini merupakan satu permohonan yang munasabah tetapi realitinya di akar umbi, MCA sudah hilang kekuatan. Pengundi Cina juga secara terang-terang menolak parti MCA dan calon MCA.

2. Walaupun Tg. Piai kerusi tradisi MCA, untuk selama 4 penggal.

3. Hakikat sebenarnya, ini adalah kerusi yang dipinjamkan oleh UMNO kepada MCA.

4. Kenapa saya berkata begitu, kerana majoriti pengundi di Tg. Piai adalah orang-orang Melayu.

5. Mana mungkin MCA boleh menang di Tg. Piai dengan kekuatan jenteranya sendiri.

6. Mana mungkin MCA boleh menang di Tg. Piai dengan hanya undi orang Cina sahaja tanpa undi orang-orang Melayu.

7. Mana mungkin MCA boleh menang tanpa undi dari ahli-ahli PAS, yang dahulunya MCA – tidak setuju PAS bergabung dengan UMNO.

8. Kalaulah, Timbalan Presiden MCA boleh buktikan bahawa MCA boleh menang tanpa undi orang-orang Melayu dari UMNO, PAS dan orang Melayu atas pagar.

Silakan, MCA boleh bertanding di Tg. Piai.

Silakan, MCA boleh bertanding di Tg. Piai memakai logo MCA, seperti di PRK DUN Balakong, Selangor.

9. Kalau pakai logo MCA, baru kita boleh benar-benar tengok betapa kuatnya pengaruh MCA masa kini di mata dan hati rakyat.

10. Kita boleh tengok betapa kuatnya pengaruh pengundi Cina sudah kembali kepada MCA dan BN.

11. Timbalan Presiden MCA jangan bermain politik dan sentimen, kononnya ini merupakan testing ground, untuk melihat sokongan rakyat berbilang bangsa dan kaum.

Ini merupakan the smaller picture gambaran yang kecil), berbanding dengan *the bigger picture, (gambaran yang lebih besar), iaitu Pilihan Raya Umum ke-15.

12. Kononnya, sekiranya MCA diberi peluang bertanding di Tg. Piai, pengundi-pengundi Cina akan kembali kepada BN.

13. Dato Mah Han Soon, perlu sedar bahawa MCA sudah 4 kali bertanding di Parlimen Tg. Piai.

14. 3 kali menang. 1 kali kalah.

15. Tidakkah, Timbalan Presiden MCA sedar dan mahu berterima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Tg. Piai dan seluruh jentera parti UMNO yang telah memenangkan Presiden MCA dan calon MCA di Tg. Piai selama ini.

16. Tidakkah Dato Mah sedar, tanpa bantuan dan kerjasama UMNO Tg. Piai yang dahulunya diterajui oleh Dato Othman dan kini Dato Jefri, MCA boleh menang di Tg. Piai?

17. Dunia sudah bertukar. Zaman sudah beredar. Keadaan politik negara sudah berubah.

18. Dato Mah tidak perlu bermain politik sentimen. MCA kini satu parti yang lemah. MCA perlukan satu RE-BRANDING, untuk mendapatkan semula sokongan pengundi-pengundi Cina, Melayu dan India.

19. Bukannya hanya bergantung kepada kekuatan dan jentera Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil (By-Election) UMNO serta PAS.

20. Berlapang dadalah, pulangkan kerusi Tg. Piai ini kepada calon UMNO. Biar UMNO tentang dan lawan parti BERSATU habis-habisan.

21. Biar UMNO hancurkan gabungan Pakatan Harapan ini dengan kekuatan yang sedia ada dan dibantu oleh rakan-rakan dalam BN iaitu MIC dan MCA serta PAS.

22. Berterima kasihlah kepada UMNO Bahagian Tg. Piai yang telah 3 kali memenangkan calon-calon MCA sebelum ini.

23. Saya pasti pengundi-pengundi Cina di Tg. Piai, di negeri Johor dan seluruh negara faham akan pengorbanan MCA kali ini.

SERTAILAH SEMANGAT SETIAKAWAN.

SENANG DAN SUSAH BERSAMA. 

Salam,

SAIFUL BAHAR ARSHAD

7 Oktober 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts