TOLERANSI DAN MARUAH MELAYU DALAM INSIDEN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA BIADAP

185
SHARES
427
VIEWS

Kebebasan bersuara mahasiswa dalam mengkritik Naib Canselornya atau sesiapa jua perlu diraikan tetapi jika tidak bertempat, maka perlu diberikan pengajaran dan iktibar agar perkara tersebut tidak diulangi di masa hadapan atas alasan ‘bebas bersuara’.

Apatah lagi Wong Yan Ke tidak membuktikan di bahagian manakah secara spesifik Naib Canselornya mempromosi rasisme dan kebencian dalam ucapannya di Kongres Maruah Melayu yang diadakan khas oleh mereka yang ingin mengambil hati Tun Mahathir.

Yan Ker boleh membuat demonstrasi aman walau di dalam bilik Naib Canselornya dengan membawa plakad sebesar manapun yang beliau suka selagi ia tidak menyalahi undang-undang dan tiada kesalahan ejaan dilakukan seperti demonstrasi beliau sebelum ini.

Beliau juga boleh mengkritik secara terbuka di media sosial selagi ia tidak menyentuh sebarang sensitiviti agama, perkauman ataupun menyentuh peribadi dan keluarga orang yang ingin dikritiknya.

Bahkan beliau boleh menyalurkan ketidakpuasan hatinya terhadap Perdana Menteri Tun Mahathir sekalipun kerana hadir kongres tersebut namun wajar mengikut saluran yang betul.

Apatah lagi jika ia dilakukan ketika majlis istiadat konvokesyen universiti yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk Sultan Perak Raja Nazrin Shah sendiri selaku Canselor yang mencemar duli hadir bagi meraikan para graduan.

Sangat jelas Yan Ker terlibat secara langsung dengan parti DAP yang sememangnya terkenal dengan kebiadapan dan tidak meninggikan budaya Malaysia yang bersopan santun, lemah lembut dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi.

Usahlah Universiti Malaya terikut-ikut dan bertoleransi dengan kebiadapan DAP dan anak didiknya si Yan Ke yang tidak bermaruah.

Universiti Malaya tidak perlu takut ditekan jika ingin membela Naib Canselor sendiri apatah lagi beliau langsung tidak memberikan ucapan yang bersifat rasis atau mempromosi kebencian, sekadarĀ  hadir berucap melahirkan pandangan mengenai bangsa Melayu itu sendiri.

Atau mungkinkah selama ini hanya masyarakat Melayu sahaja yang secara sebelah pihak bersikap menyantuni kaum lain, berlemah lembut dan bertoleransi demi menjaga kerukunan hidup bersama?

Buktinya dalam insiden memalukan di Universiti Malaya ini yang jelas menunjukkan pihak universiti tidak mengambil tindakan terhadap mahasiswanya yang berbangsa Cina walau beliau menuduh Naib Canselornya yang berbangsa Melayu sebagai rasis ketika majlis utama universiti.

Berbeza di Hong Kong di mana pelajar Cina sendiri dihalau keluar kerana tidak berdiri ketika lagu kebangsaan mereka dimainkan.

Atau mungkin juga Yan Ke boleh diajak ke forum terbuka untuk tunjukkan di perenggan manakah Naib Canselor beliau MEMPROMOSIKAN RASISME DAN KEBENCIAN – satu tuduhan berat terhadap Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim yang wajar Yan Ke buktikan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts