PENGANJUR FESTIVAL GOOD VIBES 2023 DIKENAKAN TINDAKAN TEGAS

345
SHARES
2k
VIEWS

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) YB Fahmi Fadzil telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab yang dipamerkan oleh artis dari UK “The 1975” di Sepang malam tadi.

Turut bersama YB Menteri dalam pertemuan tersebut ialah Datuk Fauzi Md Isa, Ketua Setiausaha (KSU) KKD merangkap Pengerusi JK-PUSPAL serta AJK JK-PUSPAL.

Beliau tegaskan bahawa pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas dan tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

Justeru, pihak KKD telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai. 

Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket.

Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket.

Kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara. Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan.

Semoga kejadian tidak diingini ini menjadi iktibar untuk semua pihak dan mampu dielakkan di masa hadapan, Insya-Allah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts