ANWAR HADIR PROGRAM HIMPUNAN RIDER MADANI SELANGOR, HARAP KEBAJIKAN TERBELA

352
SHARES
2.1k
VIEWS

Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan hadir pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.

Pada platform itu, YAB Perdana Menteri maklumkan para hadirin untuk diadakan pertemuan dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Selain itu, beliau juga mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing. 

Dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara, YAB Perdana Menteri turut maklumkan kerajaan memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi (informal secretariat) untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing.

Hatta, dengan adanya sekretariat dan penyelarasan untuk p-hailing ini, diharapkan gig riders dan sebagainya serta hal-hal yang boleh dihantar untuk perhatian Kerajaan Persekutuan mahupun negeri.

YAB Perdana Menteri turut mengharapkan agar kebajikan pekerja industri ini terus terbela dalam membantu melonjakkan ekonomi negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts