Jangan bersangka buruk dengan kepemimpinan.
Kita boleh menang di Selangor tetapi kita perlu ubah corak dan pendekatan kita.
Saya mohon kepada UMNO Negeri Selangor dan Bahagian-bahagian untuk bersama-sama dengan saya, kita ambil alih semula Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat (Putrajaya).
ULASAN:
Tepat sungguh pesanan Presiden kepada kepimpinan UMNO Selangor.
Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu turut diperingatkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO;
1. JANGAN MENUNJUK-NUNJUK:
Walaupun mempunyai kekayaan yang luar biasa. Janganlah menunjuk-nunjuk.
Ini zaman internet, Instagram, FB, Whatsapp dan lain-lain.
2 perkara yang rakyat boleh lihat secara dekat iaitu;
(i). Rumah sebesar-besarnya di dalam kawasan pilihan raya.
(ii). Kereta-kereta mewah sehingga berbelas buah
Wang ringgit banyak di bank, rakyat tidak nampak.
Walaupun, rezeki Allah SWT yang beri.
Tetapi, kalau kereta mewah sudah hampir 10 buah, rakyat tersenyum melihatnya.
HIDUPLAH DENGAN CARA SEDERHANA.
2. MESRA RAKYAT:
Bertegur sapalah dengan rakyat. Jangan sudah hampir Pilihan Raya Umum baru hendak tegur rakyat di pasar-pasar malam, masjid dan surau.
Baru hendak buat kenduri kendara.
Rakyat bukan buta.
Rakyat pandai menilai.
3. JANGAN BODOH SOMBONG DAN ANGKUH:
Walaupun kita seorang pemimpin parti yang hebat, tidak semestinya kita tahu semua perkara.
Pemimpin dan bakal-bakal calon UMNO/ BN, jangan jadi bodoh sombong.
Jadilah – Pendengar yang setia.
Dengarkanlah keluh kesah rakyat.
Ambil tindakan di mana yang boleh. Kita pembangkang, bukan kerajaan.
Apabila kita sudah dianugerahkan bintang kebesaran.
Kita sudah jadi Tan Sri, Dato Seri dan Datuk.
Jangan jadi angkuh dan jadi eksklusif daripada rakyat.
Ada kala, ada orang kampung di Gombak, Selangor masih panggil Datuk Megat Zulkarnain sebagai Megat sahaja.
Di Tanjong Karang, ada orang kampung masih panggil Tan Sri Noh Omar – dengan panggilan Noh sahaja.
Jangan pula AJK Bahagian kita membetulkan panggilan-panggilan manja ini.
Biarkan sahaja.
Ada orang kampung hendak tegur kitapun sudah seribu rahmat.
KITA KEMBALI MERENDAHKAN DIRI.
4. PEMIMPIN-PEMIMPIN PERLU AMANAH:
Ketika Pilihan Raya Umum, duit parti tetap duit parti.
Harus diturunkan ke akar umbi. Kena amanah.
Jangan buat duit parti dan duit pilihan raya – Macam duit kita sendiri.
Punah parti.
Kalah parti.
Negara dan bangsa binasa.
Sekadar pandangan insan kerdil,
TOHPATI
19 Oktober 2019